13 Januari 2010

Kalimah Allah: Lagi sikap KDN dipertikai

26 Muharram 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 11 Jan: Kementerian Dalam Negeri (KDN) seharusnya menangani isu kalimah Allah sejak awal lagi serta memberi penjelasan dengan baik kepada golongan bukan Islam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Husam Musa, berkata, PAS lebih mengutamakan permesyuaratan termasuk pertukaran hujah bagi melahirkan keharmonian pelbagai masyarakat di negara ini sejak sekian lamanya.

“Sebenarnya perkara ini boleh diatur di luar mahkamah, tetapi KDN amat lemah.

“Antara contohnya, kerajaan tidak pernah memanggil Majlis Fatwa bermesyuarat mengenai isu kalimah Allah ni,” katanya.

“Kalau Majlis Fatwa tidak bermesyuarat, bagaimana KDN tahu kedudukan isu berkenaan dengan kedudukan sebenar dan lebih meluas.

“Jadi saya cadangkan pada kerajaan mulakan dengan mesyuarat Majlis Fatwa, panggil pihak terbabit berbincang dan berikan pandangan dan kekangan sekiranya ada,” ujarnya.

Menurutnya, beliau yakin masih ada peluang penyelesaian untuk diselesai dengan baik.

“Bukan sahaja kes rumah Kickdefella (Syed Zaidi) sahaja, tetapi isu-isu seluruh negara seperti gereja diserang, rumah dilempar cat dan sebagainya dapat diselesaikan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian ‘kapak terbang’ yang berlaku di rumah blogger Kickdifela semalam.

Harakahdaily.net/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah kaum lain panggil 'their father and mother' as Bapa dan Emak.
Just wondering because panggilan Bapa dan Emak adalah 'exclusive use for Malay'.

Tanpa Nama berkata...

Penggunan Bahasa Melayu/Malaysia dilarang diguna di luar negara selain mendapat kebenaran dari Malay????
'Exclusive use by Malay'????
Just wondering???

Tanpa Nama berkata...

Berbahas dan berhujah adalah dua perkataan yang paling ditakuti oleh UMNO..Teringat Shabbery lwn. Anwar thn 2008..Satu-satunya pemimpin UMNO yang berani berbahas..

Tanpa Nama berkata...

1MONGOLIA SAID:

1MALAYSIA..? NAMA ALLAH PUN NAK DIBIARKAN DAN DISATUKAN (1) DGN AGAMA YG LAIN. INILAH PENANGAN PEMERINTAH BERNAMA UMumNO/Be-eNd YG MEMANG TERKENAL DGN JUARA MEMURTADKAN ORG ISLAM 1MALAYSIA.....

Tanpa Nama berkata...

1MONGOLIA SAID:

1MALAYSIA..? NAMA ALLAH PUN NAK DIBIARKAN DAN DISATUKAN (1) DGN AGAMA YG LAIN. INILAH PENANGAN PEMERINTAH BERNAMA UMumNO/Be-eNd YG MEMANG TERKENAL DGN JUARA MEMURTADKAN ORG ISLAM 1MALAYSIA.....

Tanpa Nama berkata...

1MONGOLIA SAID:

1MALAYSIA..? NAMA ALLAH PUN NAK DIBIARKAN DAN DISATUKAN (1) DGN AGAMA YG LAIN. INILAH PENANGAN PEMERINTAH BERNAMA UMumNO/Be-eNd YG MEMANG TERKENAL DGN JUARA MEMURTADKAN ORG ISLAM 1MALAYSIA.....

yes berkata...

SILA RUJUK KE SURAH AN NISSA AYAT 171.

Adakah kita akan biarkan sesiapa merujuk kepada Kalimah Allah selain dari Allah Yang Maha Esa?
Adakah Allah itu sama dengan Tuhan itu tiga? Harap Tok Guru dan Ust Hadi dapat beri penjelasan pada ahli Pas.

Ini adalah isu istilah, samalah dengan kesah RM65,000 x 4. Adakah rasuah atau hadiah.

Sama samalah kita fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

Adakah Tuhan suruh kita 'protect' dia?
Atau Tuhan mengajar kita buat baik.......?

tok janggut berkata...

semua org busy dengan isu nama ALLAH ..isu enjin jet apa ctir semua senyap je...pandai media masa n umno bn alirkan perhatian nak tipu rakyat