Beberapa hari lepas Peguam Negara mengumumkan bahawa mereka yang terlibat dalam kehilangan 2 enjin Jet TUDM hanyalah pegawai bawahan, berarti tidak melibatkan pegawai atasan apalagi orang yang lebih tinggi jawatan dari itu. Semacan juga hendak menafikan ada Menteri dan orang politik yang terlibat sama ? Kenyataan Peguam Negara menimbul banyak tanda tanya dan spekulasi. Sesetengahnya masih ketawa sampai "sakit perut" sampai ke hari ini. Apakan tidak semahalnya RM 50 juta sebiji malah ianya dua boleh hilang cuma angkara pegawai bawahan sahaja. Itulah uniknya Malaysia.
Nampaknya sebuah episod baru bermula lagi di mahkamah di negara kita bila pada hari ini seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM yang menggempar seluruh negara itu.
N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
Dituduh bersama beliau ialah Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.
Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.
Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa keduadua tertuduh sahaja.
Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.
Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.
Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.
Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan. Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay.
Secara umum kita tidak hairan dengan apapun keputusan yang akan diputuskan nanti oleh mahkamah kerana itulah mahkamah malaysia yang sudah ada standard tertentu untuk kita menilai di mana tahap keadilan yang boleh ditunjukkan kepada rakyat.
Yang lebih menarik rakyat sekali lagi akan menyaksikan siapakah yang akan dikambing hitamkan ? itulah plot yang biasa kita temui sebelum ini bagi menyelamatkan projek gajah putih ?Pastinya yang telah melesapkan wang rakyat sebanyak RM 100 juta dan lebih dari itu, apabila Menteri Pertahanan mengatakan ada lagi barang lain yang hilang.

10 ulasan:
Yang menghairan kan begitu senang sekali seorang sarjan dan seorang pengarah boleh boloskan dua ketul besar enjine pesawat.
Hairan! Hairan!
Tapi apa nak di hairankan, MALAYSIA BOLEH!
1 malaysia nak tipu rakyat
nak kebenaran kena tumbangkan BN PRU13
kalau pakatan rakyat perintah malaysia PRU12 yang lalu, banyak kebenaran akan terserlah, SPRM,polis dan SPR dah lama jadi badan yang bebas, telus dan adil
banyak lagi benda yang hilang tapi ditutup oleh BN
kemana royalti petronas kepada kelantan???
peguam negara malaysia ni bila dia jumpa peguam negara akhirat bagaimana nak bohong agaknya???
Hairan..hairan !! Dulu cam tu jugak. Satu lori senjata dicuri kat kemp soljar di Gerik Perak pun kerja orang bawahan juga!!
jangan salah faham maksud peguam negara tu...
pegawai rendah jual enjin jet 50 juta
pegawai tinggi tak main la jual enjin jet
apa barang...
beli kapal selam,komisyen je beratus juta
makan tak abis anak beranak...
SALAM UKHUWAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. ADALAH MENAKJUBKAN DAN MENGHAIRANKAN KERANA PERALATAN YANG DALAM CATERGORY SECRET AND COFIDENTIAL AND HIGH RISK PROTECTION HANYA BOLEH DIKELUARKAN MELALUI KELULUSAN PANGKAT BAWAH SAHAJA??ADAKAH INI MATALAMAT 1 MALAYSIA - "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPIAN DIUTAMAKAN YANG DIAGUNGKAN OLEH KEMPIMPINAN BARU? KALAU INILAH CARANYA, MEMANG RAKYAT DIDAHULUKAN (YAKNI ORANG YANG TAK ADA APA APA KEPENTINGAN DAN JAWATAN) AKAN DIJADIKAN KAMBING HITAM UNTUK BUAT SYARAT KES PENYIASATAN SAHAJA. ADALAH TIDAK LOGIK AKAL JIKA ORANG BAWAHAN MENJADI MANGSA KERANA SETIPA JABATAN ADA STANDARD PROSEDURE YANG PERLU DIPATUHI KERANA TELAH MENJADI AMALAN YANG STANDARD SETIAP KELULUSAN UNTUK PELEPASAN BARANG DARI STOR ATAU TEMPAT PENYIMPANAN BARANG ITU MESTI MENDAPAT KELULUSAN(APPROVAL) DARI HIGH LEVEL SIGNATORY. ADAKAH AMALAN DI AGENSI KERAJAAN HANYA DENGAN SIGNATORY APPROVAL DARI PANGKAT BAWAHAN BOLEH MEMBERI PELEPASAN UNTUK MEMBAWA KELUAR BARANG YANG SECRET & CONFIDENTIAL DAN HIG RISK PROTECTION?? DIMINTA DAPAT MEMBERI PENJELESAN DENGAN TELUS KERANA RAKYAT MALAYSIA DAH MAKIN BIJAK DAN BANYAK MEMBACA TENTANG HAL HAL YANG BERSANGKUT PAUT DENGAN PROSEDURE.
Catat Ulasan