KUALA TERENGGANU: Tiada yang lebih memeranjatkan bagi Intan Zunaidah Abdul Wahab, 40, hari ini selain mendapati pembantu rumah yang disayangi umpama menatang minyak yang penuh rupanya remaja durjana sehingga sanggup membakar rumahnya.
Lebih teruk lagi dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu amah yang baru berusia berusia 14 tahun dari Palembang, Indonesia itu dipercayai membakar bilik tidur anak majikannya dan bahagian dapur rumah tersebut sebelum melarikan diri melalui pintu belakang bersama wang tunai lebih RM500 dan dua buah komputer dalam satu kejadian di Taman Murni Indah, Telaga Daing dekat sini pagi ini.
Bagaimanpun dia yang dikenali sebagai Dinda, berjaya ditahan oleh adik majikannya Zulkarnain Abd Wahab, 35, di Stesen Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) lebih sejam kemudian ketika cuba melarikan diri dengan membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.
Majikannya Intan berkata, beliau tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan seperti anak sendiri itu sanggup berbuat demikian memandangkan sebelum ini hubungan mereka tidak pernah mempunyai masalah.
"Saya terkejut apabila dihubungi oleh suami pagi tadi mengatakan rumah teres kami terbakar dan perkara pertama yang saya lakukan ialah meminta mereka memecah pintu rumah kerana pembantu rumah kami berada di dalam.
"Bertambah terkejut apabila saya dimaklumkan dia tiada dalam rumah ketika jiran berjaya masuk ke dalam rumah untuk memadamkan kebakaran dan dipercayai telah melarikan diri setelah membakar rumah kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Ketika kejadian, beliau berada di sekolah anak perempuan bongsunya yang berusia 13 tahun di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II untuk menghadiri program penyampaian hadiah kecemerlangan UPSR, manakala suaminya Mazli Mohamed, 49, berada di tempat kerja.
Menurut Intan Zunaidah, pembantu rumah itu pada asalnya diupah oleh rakan adiknya, namun disebabkan terlalu muda, dia telah diserahkan kepada Zulkarnain sebelum proses penghantaran semula ke Indonesia dilakukan oleh ejen.
"Semasa dua minggu duduk dengan adik saya, dia pernah buat hal dan cuba melarikan diri setelah mencuri wang tunai RM7,000 menyebabkan adik saya menyerahkannya kepada saya Disember lepas sebelum ejen mengambilnya.
"Sepanjang sebulan duduk dengan bersama, kami sekeluarga melayannya dengan baik, malah saya menganggapnya sebagai anak sendiri kerana umurnya tidak jauh beza daripada anak bongsu saya, malah mereka juga tidur bersama," katanya.
Katanya kejadian itu menyebabkan barang-barang dalam bilik tidur anaknya termasuk sijil persekolahan habis terbakar selain jelaga hitam yang memenuhi rumahnya.
"Paling saya sedih kerana dia sanggup mencuri wang anak bongsu yang dikumpul sejak darjah satu lagi hasil kecemerlangannya dalam pelajaran," katanya.
Pembantu pembantu rumah itu kemudian dibawa menaiki kereta peronda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Kamal Md Tan berkata ketika sampai di tempat kejadian kirakira 10.52 pagi, kebakaran telah pun berjaya dipadamkan oleh orang awam.
"Tiga jentera kereta bomba bersama tiga pegawai dan 22 angota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan sebaik tiba di tempat kejadian api telah berjaya dikawal dan kita hanya membantu memadamkan sisasisa bara.
"Kebakaran berpunca dari bilik tidur dan bahagian dapur yang dipercayai sengaja dilakukan dan jumlah kerugian dianggar bernilai RM115,000," katanya. - BERNAMA

11 ulasan:
entahlah....sekarang nie kena fikir berpuluh2 kali untuk mengambil pembantu dari Indonesia. dahlah wang pendahuluan untuk ambik pun semakin meningkat, kalau dapat perangai mcm nie...lagilah. saya rasa, kerajaan dan organisasi kena buka mata - sediakan nursery berhampiran dengan tempat bertugas dengan harga yang berpatutan agar tidak menjadi masalah untuk rakyat keluar bekerja. walaupun tidak dapat menyelesaikan secara total, tp sekurang-kurangnya mengurangkan beban rakyat/pekerja.
Manusia 'sampah masyarakat' ini ada di mana-mana. Secara kebetulan 'sampah' ini di ambil atau di eksport ke Malaysia. Orang Malaysia mahu jadi 'tuan hamba' maka tuan hamba inilah menjadi bakul sampah kepada sampah-sampah. Nasib baik sampah wangi, nasib malang sampah busuk!!
yang peliknya kan... amah neh dah pernah curi duit adik majikan dia beberapa ribu tapi tak kene pecat atau hantar kat polis.
secara logiknya majikan jenis apa yang terlalu 'baik hati' sangat neh?
base on my own experience, selalu ada cerita di sebaliknya yang kita tak tahu but once kita dah tahu kita akan kata "ohh, patut laa"
so malas rasanya nak buat kesimpulan awal.
SAYA DAH KENA DAH POMPUAN INDON NI MEMANG JAHAT. SEBABT DEPA KAT INDON MASA SEKOLAH X ADA PELAJARAN SIVIK DAN BOLEH DIKATAKAN 95% PERANGAI INDON MACAM TU LAH. BIBIK SAYA LARI 2 MINGGU YANG LEPAS. SIAP LAYAN DENGAN BAIK. RUMAH LAK X PENAH KEMAS...SEMATA JAGA ANAK2 AJE. KALAU NAK TAHU GAJI RM 500 YANG KITA BAYAR KAT BIBIK TU...KALAU KAT INDON KITA BOLEH PAKAI 5 ORANG PEMBANTU RUMAH DISANA. DTG KAT MALAYSIA NI BERLAGAK DEMAND LEBIH. KAT INDON TU DEPA SUSAH DPT KEJA. GAJI PULA X SAMPAI RM 100. INDON MEMANG X SEDAR DIRI. SEPATUTNYA KERAJAAN DAH STOP PENGAMBILAN INDON KAT MALAYSIA NI. AMBIK LAH OARANG SELATAN THAI MELAYU KAT SANA DAN ORANG MELAYU KEMBOJA. DEPA ORANG SUSAH KAT SANA. LAGIPUN DEPA TU BANGSA MELAYU. KALAU NAMANYA INDON JANGAN LAH NAK PERCAYA 100%. MEMANG PENIPU...X TAHU LAH APA BENDA YANG DIA ORANG NAK LAGI. KALAU KAT INDON GAJI CIKGU SEKOLAH LEBIH KURANG RM450. LA NI NAK DEMAND LEBIH...SIAPA BOLEH JAWAB...JAWAB.....
Salam semua...setuju dengan pendapat sdr Akeji agar kita tidak terlalu awal untuk menghukum sesiapa. Biarlah siasatan dijlnkan utk mengkaji punca sesuatu perkara berlaku terlebih dahulu tanpa dibelenggu sifat prejudis membabi buta sehingga awal2 dah panggil someone with things like 'durjana' etc (nanti x pasal2 kita berdosa). Saya tidak nafikan saya sendiri pernah mengalami pengalaman yang kurang menyenangkan dengan kerenah indonesian maid selama beberapa kali (mula2 rajin 3-4 bulan..lepas tu dah start buat perangai..tp x de la sampai to the extend mencuri etc) sehinggalah bertemu dengan yang betul2 ikhlas nak kerja. Pendapat saya biarlah kita menilai seseorang atas individu..bak kata org pisang setandan bukan semua buahnya busuk. Apa yang pasti sesapa pon dlm dunia ni bila dah sampai ketahap maximum menghadapi tekanan yg x dpt dibendung will surely retaliate by any mean at some point...even if he/she has to do something unthinkable. Saya x nak komen panjang pasal kes ni sebab semua news kat press and tv dah ulas dgn citer masing2 i.e. bdk ni dah penah nak curi duit RM7k etc, bdk ni lari sebab refuse nak dihantar balik etc. Lagipon saya x kenal pon budak ni so it's not fair for me to say anything. Enough for me to say yg saya kenal family majikan dia ni (better known as 'Ibu Idah' among bibik2 yg penah kerja ngan dia). Dari maklumat2 yang saya ketahui long b4 something like this happen, majikan dia ni mmg jenis pendera..suka herdik, pukul dan lain2 penderaan ke atas bibik dia..to certain extend even makan pon bibik guna pinggan lain (who r we to degrade Allah's creature that low? yg dulu2 ler..not this one..as i said i don't want to comment on this girl sbb x kenal). Having said that..i'm quite sceptical with the statement yg kata she treat her maid like her own daughter etc. And sorry guys..i'm sceptical abt stories saying bdk ni curi rm500 + 2 laptop too (unless kalau polis mmg jumpa benda2 tu). Moral of the story: Don't always believe with what the media says..:). It is always the other way around.
Sedarkah anda apakah yang anda katakan ini? Anda bercakap tak seperti seorang Islam. Apa beza kita dengan pembantu pembantu ni? Kita bertuah Allah menempatkan kita dalam negara yang makmur, setengah setengahnya pula dalam keluarga yang berada.Bersyukurlah. Anda berhujah seperti orang bongkak.
Jika tak suka pada pembantu Indonesia tak siapa yang memaksa kita menggunakan perkhidmatan mereka.
Saya setuju dengan cadangan mommysarah, itulah yang sebaik baiknya.
Allah yang memberi harta kekayaan, Dia boleh meragutnya dari kita at any time.
Satu perkara saya nak tanya, berapa ramaikah di antara kita yang membesar dalam keluarga yang mempunyai pembantu? Janganlah jadi seperti kadok naik junjong.
Assalamualikum,
Takziah pada puan Intan kerana di timpa kesusahan.
Tapi bila puan kata saya melayan nya seperti anak sendiri, saya tak percaya. Sanggup kah puan melihat anak puan yang hampir sebaya dengan nya berkerja jadi pembantu dan tidak bersekolah.Memang mungkin puan baik terhadapnya tetapi mengatakan puan melayan nya seperti anak sendiri, susah nak di percayai.
Puan sedeh kerana anak puan kehilangan wang simpana, tidak kah puan merasa sedeh anak yang hampir sebaya dengan anak puan meninggalkan kampung halaman dan negaranya kerana hendak mencari rezeki. Walau pun dia jahat, pasti ada sebab yang menjadikan dia begitu.
Saya minta maaf atas kata kata saya ini ketika puan di rundung malang, tetapi kadang kadang kita mestilah memandang kedalam hati kita dengan jujur.
Bersabarlah, lambat laun Allah pasti menggantikan rezeki puan yang hilang itu, semoga dengan yang lebih baik.
mommysarah....masalahnya NURSERY cekik darah... dok KL ni mana mampu nak bayar kat NURSERY. Gaji kecik...
yes.....awak mungkin x faham perangai indon ni...cuba bergaul.... dan cuba buka minda sikit...
DAN YANG LAIN2 TU JANGAN CUBA NAK BELA INDON2 KAT MALAYSIA..... KALAU BERANI MASUK LE KAWASAN MEREKA KAT KL NI.... KENA MASAK LAH KORANG.... SENDIRI KENA INGAT.... LU PIKIR LA SENDIRI..
Hentikanlah ambik indon ni banyak masalah..tapi masalahnya boleh ke amabik pekerja awah umur wahai pejabat boroh(buruh)..memang boros
Tanpa nama, nampaknya anda hanya tahu tentang kesusahan anda sahaja.
Memang betul Indon ni menimbulkan masaalah tetapi manusia seperti anda juga menimbulkan masaalah. Tidak berpijak kebumi nyata, kalau isteri kerja tapi gaji tak berbaloi sebab tak mampu bayar nursery pun, berhenti saja kerja, duduk kat rumah, jahit baju, buat nasi lemak, hantar kat kedai kopi. Isteri dapat melayan anak anak ataupun jadi pengasuh kat rumah untuk seorang dua bayi. Pokok pangkalnya, cari penyelesaian, bukan terus menerus hanya nampak masaalah.
Fikir fikirkanlah.
yes.... apa awak ingat dengan jual nasi lemak boleh merubah segalanya ke.... atau pun awak ni memang indon.... indon memang bela indon... senang cakap aje.... x kena ....kalau dah kena baru padam muka.
Catat Ulasan