07 Januari 2010

Tidak selesa layanan sebagai ADUN bebas punca Ho Yip Kap sertai BN?

20 Muharram 1431H

TEMERLOH, 5 Jan: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Ho Yip Kap menyertai Gerakan adalah tindakan yang tidak memberi apa-apa erti kepada beliau dan rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Syed Hamid Mohamad berpendapat tindakan Adun berkenaan hanya untuk memenuhi hasrat menyertai BN bagi mendapatkan peruntukan dan penghormatan sebagaimana dinikmati Adun BN lain.

Ini kerana amalan demokrasi tempang diamalkan dinegara ini Adun pembangkang tidak diberi ruang untuk menerima peruntukan dan terlibat dalam apa-apa mesyuarat pembangunan kawasan yang diwakilinya.

Adun berkenaan yang merupakan bekas pemimpin MCA dipercayai merasa tidak selesa dengan layanan yang diterimanya sebagai Adun bebas kerana hati dan jiwa adalah BN.

“itu lah sebabnya beliau menaruh harapan selepas menang melalui kerusi bebas, MCA akan menerimanya tetapi MCA enggan menerimanya lalu beliau beralih menyertai parti Gerakan,” katanya ketika di minta mengulas kemasukan Adun Tanah Rata ke dalam BN 2 Jan lalu.

Bagaimanapun, kata Syed Hamid kerusi Tanah Rata itu adalah hak MCA, dan tidak mungkin bagi BN untuk memilihnya bertanding semula sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu saya berpendapat, tindakan Adun berkenaan menyertai BN adalah suatu kesilapan besar lebih -lebih lagi sokongan rakyat terhadap BN semakin merosot,” ujarnya.

Dalam pilihan umum 2008, Ho Yip Kap (bebas) bekas pendidik menang dengan majoriti 9,729 mengalah Chai Kok Lim (BN) dan Go Mong Nging (DAP).

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

Unknown berkata...

Itu pendapat TP PAS Pahang, ada kemungkinan YB ini fikir ada lah lebih bermenafaat jika bersama BN - segala peruntukan dan bantuan senang diperolehi untuk disalurkan kepada rakyat.

Jebat_Musibat berkata...

pemimpin BN untuk rakyat?
rakyat la sangat!

lawak sepanjang tahun la tuh cikgu.