07 Januari 2010

Katolik perlu berhati-hati guna kalimah Allah

20 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menyeru pihak agama Katolik agar berhati-hati menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald Weekly sebagaimana keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 lalu yang membenarkan penggunaannya.

Presidennya, Zaid Kamaruddin berkata, ini kerana umat Islam amat sensitif jika nama Allah dikaitkan dengan perkara yang tidak selayaknya bagi Allah.

Menurutnya, isu itu jauh lebih sensitif daripada isu kartun Nabi Muhammad yang disiarkan oleh media di Denmark tidak lama dahulu.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, beliau berkata ia bercanggah dengan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada orang Islam yang telah digazetkan di sepuluh buah negeri.

“Oleh kerana keresahan ini timbul ekoran keputusan mahkamah, JIM berpandangan penyelesaiannya juga harus dicari melalui proses undang-undang. JIM menyokong usaha segera kerajaan untuk merayu dan untuk memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu,” ujarnya pada sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, di sini hari ini.

Justeru, katanya JIM menyeru semua pihak supaya memberi peluang proses undang-undang (due process) berjalan tanpa tekanan mana-mana pihak.

Beliau juga menyeru semua pihak agar memastikan respons kepada keputusan mahkamah itu tidak menjerumuskan Malaysia kepada kekacauan di antara penganut-penganut agama.

“JIM berharap isu ini diselesaikan dengan segera supaya ia tidak membawa kepada polarisasi di kalangan rakyat Malaysia, hingga memberi kesan jangka panjang,” ujarnya.

JIM juga, tambahnya berharap satu lagi pihak, difahamkan Sidang Injil Borneo, yang akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah supaya menangguhkannya sehingga kes yang ada sekarang selesai.

Harakahdaily.Net/-

6 ulasan:

Unknown berkata...

Orang Islam jangan risau, ianya cuma digunakan untuk tujuan 'berdakwah' sahaja.

david ahmad muniandy berkata...

kristian menganggap Islam adalah musuh ketat dalam hati walaupun mereka tidak buat secara terbuka, inilah peluang yang paling besar untuk mereka menyebar berita baik yesus kristus untuk tarik minat kepada umat Islamnya.

maka berhati-hatilah kepada umat Islam iman yang lemah tak pernah solat 5 waktu dan tak pernah solat hari jumaat, termasuk pelajar miskin yang tengah berhutang ptptn.
duit bukan segala-galanya untuk mereka, tetapi segala-galanya adalah menarik orang masuk kristian menggunakan duit, duit bukan jadi isu untuk orang kristian mereka sanggup jadi miskin kerana menarik orang ramai masuk kristian. walaupun mereka miskin komuniti kristian boleh agihkan dari segi kewangan untuk mereka. jadi fikir-fikirkanlah kepada semua umat Islam yang lemah iman.

Abdullah Ngah berkata...

minta kristian berhati hati menguna pakai kalimah Allah samalah dengan kita serah kepada orang bukan islam untuk melaksanakan halal haram.

Bagaimana kita mengharap orang bukan islam patuh dengan halal haram sedangkan mereka tiada dosa dan pahala.

Demikian juga dengan apa yang diharapkan agar atau hendaklah kristian berhati hati menggunakan kalimah Allah.

Kristian rosak akidah bagaimana mereka boleh tauh dengan kehendak yang telah ditetapkan oleh Allah.

Hairan dengan manusia zaman sekarang, konon telus akhirnya jerlus.

Kerana orang islam sudah ikut cara orang kafir.

kristian boleh tidur lina kerana kalimah Allah boleh digunapakai.

Tunggulah masa apa akan terjadi pada orang islam di negara kita apabila kehendak kristian sudah diterima.

Tanpa Nama berkata...

kalau keristian betul dengan allah, dah lama masuk islam

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pengajaran islam disekolah-sekolah patut membuat perbandingan agama islam dan keristian dalam sukatan pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kerajaan BN hanya teringin nak ajar pelajaran seks disekolah untuk mengajar cara seks bebas tapi selamat saja agaknya???