25 Februari 2010

1 PELAJAR 1 SUKAN UNTUK 1 MALAYSIA?

10 Rabiul Awwal 1431H
Email : Naninu Sakun

INDAH KHABAR DARI RUPA... Begitulah yg dapat dikatakan bila TPM merangkap Menteri Pelajaran meminta MSSM dan kementerian pelajaran menjalankannya di sekolah-sekolah bermula tahun depan. Peruntukan 89 Juta disalurkan kepada MSSM untuk menggerakkannya. Banyak duittu! Adake duit sebanyaktu atau cakap sahaja. Cadangan saya jika betullah peruntukan 89 Jutatu eloklah terus disalurkan kesekolah-sekolah melalui program-program yg dapat membantu meningkatkan kurikulum mahupun kokurikulum pelajar sekolah. Bolehlah pihak sekolah menjalankannya dengan berhemah.

Di dalam kenyataan TPM tu juga ada menyebut beliau melihat kelesuan di pihak sekolah menjalankan sebarang aktiviti sukan. Memanglah lesu peruntukan dah tiada wahai TPM. Kalau tahun lepas pertandingan badminton misalnya ada dijalankan bawah 18,bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun, tahunni dilaporkan hanya bawah 18 sahaja dijalankan sebab peruntukanlah. Nak buat apapun perlu duit. Bergerak guna kenderaan, minyak diperlukan dan semuanya duit sahaja. Justeru, diharap TPM kita janganlah dok nak salah sekolah xbuat projek. Cermin2lah dahulu sebelum nak keluar kenyataan.............

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BETULTAK MIZA?

Tanpa Nama berkata...

Cik gu banyak mengeluh kerana semua nak duit. HABIS nak antar bebudak bersukan nak pakai apa? Kereta lembu?! Kalau nak bagi RM 89 juta all right la tu... Tapi kalau terjadi apa-apa di tengah jalan siapa nak jawab?

akulajuki berkata...

Peruntukan 89 juta jer? kenapa tidak dicukupkan 90 juta terus? Yer ker ada duit atau sembang jer lebih?

Daripada dok abis duit buat perkara yang belum tentu dapat memberikan hasil yang sepatutnya adalah lebih baik duit tu guna untuk memperlengkapkan lagi kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar. Tambah peruntukan untuk perkara-perkara yang lebih mustahak di sekolah. Sukan penting jugak tetapi apakah lebih penting daripada urusan P & P?

Tambahan lagi berapa ramai atlet yang muncul di sekolah kekal menjadi atlet selepas zaman sekolah dan seterusnya mewakili negara? Apa-apa hal pun periuk nasi dulu, kalau nak makan pun payah sapa yang nak wakili negara?

Kepada guru2 yang kena antar dan ambik budak menyertai pelbagai pertandingan kena ingat satu perkara, kereta persendirian yang digunakan tu tak ada insuran yang cover untuk tujuan tersebut. Tak jadi apa-apa tak apa tapi kalau berlaku sesuatu pendek kata nangis memang sah tak ada lagu.

Sekolah sepatutnya sewa bas sekolah untuk tujuan tersebut. Kalau tak ada peruntukan jangan menyertai. Sekarang ni semua guna duit, kalau ada yang kata kena berkorban sikit, suruh orang yang cakap tu hulur duit dari poket dia, tengok dier bagi ker tidak?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
adalah lebih baik sebagai pemimpin menggunakan peruntukan sebanyak itu memikirkan bagaimana membaikpulih akhlak pelajar peringkat rendah/menengah/universiti yang semakin membimbangkan.Apakata tingkatkan pembelajaran agama di sekolah dan universiti. Insyallah,akan berjaya.siapa pun tak rugi.Sekarang ni, anak-anak yang belajar `KAFA' pun buat macam part time saja.

Tanpa Nama berkata...

HANGPA SILAP PAHAM. BUKAN RM 89 JUTA TAPI RUPIAH 89 JUTA. NAK TEGELAK AKU. AKU DAH JADI PK KOKURIKULUM 7 TAHUN MACAM NAK REBEH POKET SELUAR BAGI KAT BUDAK2 SEKOLAH. TAYAR KANCIL BELAKANG BUNGA DAH TAK ADA TAK DAN NAK TUKAR PUN.

Tanpa Nama berkata...

Aku cikgu sukan.... bagi aku peruntukan tu ok, tapi peruntukan yang lain janganlah kurang. Awal tahun 2010 kata PM , perbelanjaan berhemah, mai hujung tahun pakat dok perabih peruntukan mai bila sekolah dah cuti. Apa benda ni?? Aku bukan penyokong PKR, kalau mcm ni rasanya tak lama kerajaan la.