10 Rabiul Awwal 1431H
Seminar Inovasi dan Perkembangan Kesenian Sulam-Menyulam dan Gunting Kertas Rakyat diadakan di kaunti Haiyuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia.
Sulaman dan gunting kertas etnik Hui di kaunti Haiyuan, Ningxia mempunyai keistimewaannya tersendiri dan teknikal membuatnya diwarisi dari generasi ke generasi yang bersejarah lama. Beberapa tahun kebelakangan ini, Persatuan Penerokaan dan Pengajian Sulam-menyulam dan Gunting Kertas Haiyuan telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu wanita etnik Hui di desa menghasil karya sulaman dan gunting kertas dan menjualnya di pasaran untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Selain itu, kursus mengajar menyulam dan gunting kertas juga ditawarkan untuk membantu lebih ramai wanita etnik Hui menguasai teknik ini. Ini bukan sahaja bermanfaat untuk membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan, malah kebudayaan rakyat dapat dipelihara dan diwariskan dengan lebih baik.
Nilai kraftangan sulaman dan gunting kertas yang dihasilkan wanita kaunti Haiyuan telah mencapai lebih 6 juta yuan RMB pada tahun 2009. Sulaman dan gunting kertas Haiyuan menjadi salah satu daripada langkah penduduk tempatan meningkatkan pendapatan mereka.
Dua orang wanita etnik Hui kelihatan sedang belajar menyulam.
Pelanggan kelihatan sedang memilih kraftangan sulaman.
Dua orang wanita etnik Hui dari kampung Qiaopan, kaunti Haiyuan sedang menyulam corak-corak yang menarik pada lapik dalam kasut.
CRI/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan