02 Mac 2010

Amaran tsunami ditarik balik

15 Rabiul Awwal 1431H

Perairan Sabah didapati bebas daripada kenaikan paras laut akibat tsunami, susulan gempa bumi kuat di Chile semalam.

Ekoran itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran awalnya hari ini.

Menurut kenyataan jabatan yang dikeluarkan petang ini, tiada sebarang kenaikan paras air laut di perairan Malaysia serta perairan Sabah.

"Ini bermakna perairan Malaysia, khususnya perairan Sabah bebas daripada kenaikan paras laut dan laut bergelora akibat daripada tsunami susulan itu,” katanya.

Berikutan itu, jabatan itu berkata nasihat waspada kepada penduduk di pantai timur Sabah ditamatkan.

Pagi ini jabatan itu mengeluarkan amaran waspada kepada penduduk di kawasan pantai timur Sabah, meliputi Tawau, Sandakan dan Lahad Datu, supaya menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini.

Ini berikutan gempa bumi di Chile yang mencetuskan ombak tsunami di beberapa kawasan di pantai Chile, Mexico, Tahiti, Hawaii, Tonga, Kepulauan Samoa dan New Zealand.

Pada pukul 2.34 petang semalam, satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter melanda pantai Chile Tengah dan sehingga kini lebih 300 orang dilaporkan terkorban di negara itu.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amaran tsunami menukar kerajaan BN/UMNO makin parah sampai tahap merah,Tumbangkan UMNO PRU13