02 Mac 2010

Tiada pilihan raya mengejut di Perak

15 Rabiul Awwal 1431H

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini menafikan desas-desus bahawa satu pilihan raya negeri mengejut akan diadakan di Perak menjelang September ini.

Beliau berkata, parti komponen BN di Perak juga tidak menerima sebarang arahan untuk mengemukakan senarai calon parti masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya mengejut itu.

Ahmad Husni berkata, selaku Bendahari BN dan UMNO serta memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perak, beliau pastinya telah mempunyai maklumat jika benar satu pilihan raya mengejut akan diadakan di Perak.

"BN Pusat bermesyuarat kira-kira dua minggu lepas, UMNO Pusat bermesyuarat pada minggu lepas dan BN Perak juga telah bermesyuarat baru-baru ini, tidak ada dibincangkan langsung mengenai soal pilihan raya mengejut.

"Sebaliknya mesyuarat berkenaan hanya mengingatkan bahawa semua parti komponen BN perlu bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kerajaan BN mendapat mandat besar bagi terus mentadbir negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Pemimpin di Dewan Merdeka di Tapah hari ini sempena lawatan kerja beliau ke Parlimen Tapah.

Desas-desas pilihan raya mengejut di Perak timbul selepas seorang Timbalan Presiden sebuah parti komponen BN dikatakan menyerahkan senarai nama calon daripada parti itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu perjumpaan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar pada petang semalam.

Sumber daripada parti komponen BN itu turut mendakwa bahawa pilihan raya mengejut berkenaan akan berlangsung pada September ini mengikut perancangan awal Zambry.

Malaysiakini/-


11 ulasan:

fasa berkata...

Dengar boleh percaya jangan,cakap tak serupa bikin itulah UMNO. Macam PRU dulu kata tak ada pilihan raya, tp tiba2 depa buat...ish-ish mmg tak nak percaya

Tanpa Nama berkata...

pakatan rakyat kena sentiasa bersedia PRU13 tumbangkan BN dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya cakap UMNO

Tanpa Nama berkata...

tingkatkan usaha menerangkan penyelewengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

teruskan program pas dari sekecil program hingga yang utama secara berterusan

Tanpa Nama berkata...

banyakkan lagi program mendekati rakyat

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha dengan gigih menentang UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

kalau umno/bn buat ona kita katakan... ada aku kisah... sekarang ni kita jangan layan kisah diorang....

Tanpa Nama berkata...

kalau ada PRK, kita PR tolong kuburkan puak-puak UMNO-BN kat sebelah bangunan UMNGOK Perak ye atau ruang parkir belakang casaurina hotel tu ye, kat situ luas sikit ruang

Anak jantan berkata...

Ape bendalah mamat ni...siap nafi2 pulak...Kalau ada pilihan raya cakap la...Ape nak pukul curi ke..Takut kalah le tu...

mat rempit berkata berkata...

semagat berlawan dgn duit sape menang?????...
menang la.. semagat...
UMNGOK/BN blwan guna duit
lama2 duit talak? elek pocik?? jawabnya melinkup..
PRM blwan guna semagat..
lagi kalah lagi semagat nak lawan...
contoh org res moto hari ni kalah esok bukak moto biking lagi power... res lagi sampai menang..
betul x bro?..