02 Mac 2010

Hubungan kaum makin erat di era Pakatan

15 Rabiul Awwal 1431H
Rusli Yasmin

AMPANG, 28 Feb: Hubungan di antara masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama semakin erat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada sambutan Tahun Baru Cina.

Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Baru Ampang, malam tadi cukup menggambarkan sokongan masyarakat pelbagai kaum khususnya kaum Tionghhua kepada Pakatan Rakyat tidak luntur dan semakin utuh.

Mereka memenuhi Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru di sini bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dun Chempaka, Jawatankuasa Penduduk Kampung, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor dan PAS Kawasan Pandan.

Menurut seorang penduduk yang ditemui, program tersebut merupakan program terbesar yang pernah dianjurkan semenjak tahun 1974 dan beliau merasa sangat gembira.

Bermula pada jam 8.00 malam dengan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, antaranya Adun Chempaka, Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor, Kamaruzaman Mohamad, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Li Shuok Jin ahli majlis zon 17 dan Khairul Faizi Ahmad Kamil, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat.

Selepas itu, gimik perasmian sambutan dimulakan dengan persembahan tarian singa.

Kemudian, Iskandar Samad dan Li Shuok Jin diberi penghormatan membuka kain rentang yang bertulis bermaksud Harimau Garang Menghalau Kezaliman dan Sing Tiong Hwa menyambut Tahun Baru yang berharapan. (gambar kanan)

Iskandar Samad dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa gembira dan terharu di atas sambutan yang sangat hebat oleh masyarakat Tionghua di sekitar situ.

Beliau juga berjanji, Pakatan Rakyat akan terus memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Selepas ini kita akan memberi bermacam-macam lagi untuk rakyat, tapi sekiranya dapat tawan satu Malaysia kita akan beri 'the best' lagi untuk rakyat," katanya yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Katanya juga, rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza ideologi politik mesti saling faham memahami di antara satu sama lain.

"Kalau kita berbeza tidak semestinya kita bergaduh, yang penting kita mesti erat perpaduan di antara kita,” tambahnya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang hadir agak lewat turut diberi peluang menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.

Pemuda PAS pula mengedarkan risalah perutusan Tahun Baru Cina Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat kepada semua masyarakat Cina di situ. (gambar kanan)

Malam itu turut diserikan dengan acara cabutan bertuah, persembahan daripada orkestra Cina, kompang, urami, sketsa dan persembahan nyanyian daripada Mr. Yau, Juara Karaoke Kampung Baru, Ampang pada tahun lepas.

Selain itu, Iskandar turut memberi angpau kepada kanak-kanak yang hadir.

Pertunjukan bunga api turut mewarnai program pada malam tersebut.

Akhir sekali, para jemputan dan semua yang hadir menyanyi dan bergambar beramai-ramai.


Harakahdaily.net/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah pakatan rakyat bukan parti perkauman seperti UMNO

Tanpa Nama berkata...

perjuangan pakatan rakyat jelas dan tiada agenda terselindung macam UMNO

Tanpa Nama berkata...

UMNO parti perkauman

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia perkauman, orang kanan najib menjelaskan