14 Februari 2010

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'

29 Safar 1431H.

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya. Malaysiakini/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daripada menyimpan barua UMNO dan orang yang tak ikhlas berjuang, biar keluar sekarang supaya pakatan lebih kukuh untuk PRU13

Tanpa Nama berkata...

hasan ali bila lagi?

ayie(generasi muda) berkata...

assalamualaikum...sbagai generasi muda sy dh tak percaya ngan org keadilan..dsebabkn adun dr keadilan kerajaan PR perak dirampas,adun pelabuhan klang juga dr keadilan dn skrg nie MP bayan baru...sy letakkan kepercayaan sy kepada PAS 100%...

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh semua dun dan pkr yang berjuang tanpa ikhlas dan ragu, diharapkan kesemua mereka keluar prti sekarang biar tinggal yang kuat, ikhlis dalam perjuagan dan bersatu hati sahaja. brukah pakatan rakyat kuat.berjuang untuk kepentinagn peribadi x akan berjaya dan merosakkan parti sahaja. contohilah pas....

Tanpa Nama berkata...

biar le anjing tu keluar dan anjing-anjing yang lain bila nak keluar, lagi mereka hidup dalam PR, lebih akan menyusahkan, rakyat mungkin akan hilang kepercayaan kepada PR dan berbalik ke UBN yang tak berguna lagi jijik tu, biar anjing tu mampus dengan cara dia,

Tanpa Nama berkata...

jangan libatkan hasan ali. cara hidup hasan dengan zahrin berbeza.