SETIAWAN : Kemuncak dari siri ceramah sempena memperingati setahun kudeta di Perak satu Ceramah Perdana diadakan di Dewan Kutien disini. Ceramah adalah anjuran Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan kerjasama Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Beruas, Lumut dan Parit. Ceramah ini menutup siri lebih 30 ceramah sebelumnya yang memberi fokus kepada rampasan kuasa dan isu-isu panas bagi menjawab segala tohmahan BN sebelum ini.
Ceramah tersebut diadakan berkebetulan semasa kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan. Kehadiran lebih 5000 orang rakyat pelbagai bangsa itu membuktikan rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat dan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media. Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.
Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.
08 Februari 2010
Ceramah Perdana Pakatan Rakyat meriah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
mana penuh, ada 3 kerusi masih kosong...
TABIAT ORG KITA TAK SUKA PENUHKAN SAFF DEPAN, MENYEBABKAN ORG KAT BELAKANG RAMAI YG BERDIRI...
Catat Ulasan