08 Februari 2010

حُسْنُ الْخَاتِمَةِ KESUDAHAN YANG BAIK

23 Safar 1431H.
USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA

33. Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, Maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

34. Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Surah Luqman.

1- DAPAT MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH.

عن معاذ  قال قال رسول الله  "مَنْ كَانَ آخِرَ كَلامِهِ لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ" رواه أبو داود والحاكم

Muaz ra berkata:Rasul saw bersabda"Barangsiapa yang akhir percakapannya itu "LAILAHA ILLALLAH" dia akan masuk syurga".H.R Abu Daud dan Al-Hakim.
2- BERPELUH DAHINYA.

عن سلمان الفارسي  قال:سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله يقول:اُرْقُبُوْا لِلْمَيتِ عِنْدَ مَوْتِهِ ثَلاثاً:إنْ رَشَحَ جَبِيْنُهُ وَذَرَفَتْ عَيْنَاه وَانْتَشَرَ مِنْخَرَاه فهي رَحْمَة مِنَ الله قَدْ نَزَلَتْ بِه وَإنْ غَط غَطِيْطَ البَكْرِالْمَخْنُوقِ وخَمِدَ لَونُه وازبَدَ شِدْقَاه فهو عَذَابٌ مِنَ الله تعالى قَد حَل بِه. ت/156

Dari Salman Al-Farisi katanya aku dengar Rasul SAW bersabda:Sila perhatikan tiga perkara pada mayat,jika berpeluh dahinya,mengalir air matanya dan mengembang lubang hidungnya,itu adalah tanda turunnya rahmat Allah,Dan jika dia mengeroh seperti kambing tercekik,berubah warnanya dan berbuih mulutnya,itu adalah dia telah diazab oleh Allah.

3- MATI BERPERANG DI JALAN ALLAH. -4- MATI KERANA TAUN. -5- MATI SAKIT PERUT. -6- MATI LEMAS.
وعن أَبي هريرة  قَالَ:قَالَ رسول الله  : مَا تَعُدُّونَ الشُّهَدَاءَ فِيكُمْ ؟ قالوا: يَا رسولَ اللهِ،مَنْ قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيدٌ.قَالَ:إنَّ شهَدَاءَ أُمَّتِي إِذَاً لَقَليلٌ! قالوا: فَمَنْ هُمْ يَا رسول الله؟ قَالَ:مَنْ قُتِلَ في سَبيلِ الله فَهُوَ شَهِيدٌ،وَمَنْ مَاتَ في سَبيلِ الله فَهُوَ شَهِيدٌ،وَمَنْ مَاتَ في الطَّاعُونِ فَهُوَ شَهِيدٌ،وَمَنْ مَاتَ في البَطْنِ فَهُوَ شَهِيدٌ،وَالغَرِيقُ شَهِيدٌ. رواه مسلم .
Abu Hurairah r.a. pula, dari Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapakah yang digelar syuhada pada pandangan kamu?Para sahabat menjawab: "Ya Rasulullah,sesiapa yang terbunuh dalam PERANG SABIL, maka dia adalah orang yang mati syahid."Baginda saw bersabda: "Jika begitu tanggapan kamu maka sedikit sungguhlah syuhada umatku," Mereka bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasullullah? Baginda saw menjawab:"Sesiapa yang dibunuh dalam Perang SABILILLAH maka dia adalah syahid,sesiapa yang mati dijalan Allah,maka dia adalah syahid,Demikian pula barangsiapa yang mati karana mengidap penyakit taun,maka itupun mati syahid,begitu juga mereka yang mati karana sakit perut,maka dia juga mati syahid dan orang yang mati lemas itupun syahid." (Riwayat Muslim)
7-MATI MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA.
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال: قال رسول الله r: «من مات يوم الجمعة أو ليلة الجمعة وقاه الله فتنة القبر» أخرجه الترمذي.
Abdullah bin Amru bin Al-ass ra berkata:Rasul saw bersabda"sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malam nya nescaya terselamat dia dari fitnah qubur". H.R Imam Al-Termizi.

8- MATI KETIKA MENGANDUNG ATAU BERSALIN.
أن النبي r قال : « والمرأة تموت بجمع شهيد » قال الخطابي : معناه أن تموت وفي بطنها ولد. رواه ابو داؤد.
Perempuan yang mati megandung atau bersalin adalah syahid

9- MATI KERANA MEMPERTAHANKAN HARTA NYA,DARAHNYA,AGAMA ISLAM DAN KELUARGANYA.
عن أَبي الأعْوَر سعيد بن زيد بن عَمْرو بن نُفَيْل ، أحَدِ العَشَرَةِ المَشْهُودِ لَهُمْ بِالجَنَّةِ  ، قَالَ: سَمِعْتُ رسول الله  يقول: (( مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهيدٌ ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ ، وَمَنْ قتِلَ دُونَ دِينهِ فَهُوَ شَهِيدٌ ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ )) رواه أَبُو داود والترمذي.
Dari Abul-A'war yaitu Said bin Zaid bin 'Amr bin Nufail, salah seorang di antara sepuiuh orang yang dijamin syurga, radhiallahu anhum, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang mati karana membela hartanya, maka dia adalah mati syahid,sesiapa yang terbunuh karana membela darahnya, maka dia juga mati syahid,sesiapa yang terbunuh karana mempertahankan agamanya, diapun mati syahid dan barangsiapa yang terbunuh karana mempertahankan keluarganya - kehormatan mereka, maka dia juga mati syahid." H.R Imam Daud dan Tirmizi.

10- MATI KETIKA RIBATH.
عن سلمان t قال: قال رسول الله r: رِبَاطُ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ خَيرٌ مِنْ صِيامِ شَهْرٍ و قِيامِهِ ، وَإنْ ماتَ فيهِ أجري عليه عمَلُهُ الَّذي كان يَعْمَلُ ، وَأُجْرِيَ عَلَيْهِ رِزقُهُ ، وأمِنَ الفَتَّانَ. أخرجه مسلم.
Salman berkata:Rasul saw bersabda"Ribad sehari semalam lebih baik dari berpuasa sebulan dan menghidupkan malamnya,seandainya dia mati pahala amalan yang telah dilakukan akan berterusan,razqinya juga akan berterusan dan diamankannya dari fitnah". H.R Imam Muslim.

11- MATI KETIKA MELAKUKAN AMALAN SOLEH.
قال النبي r: « من قال لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ، ومن تصدق بصدقة ختم له بها دخل الجنة » رواه الإمام أحمد
Sesiapa yang berkata LAILAHA ILLALLAH kerana mencari keredoan Allah dan diakhiri denganya dia akan dimasukkan kedalam syurga,dan sesiapa yang bersedekah dengan satu sedeqah dan diakhiri dengannya dia akan dimasukkan kedalam syurga.H.R Imam Ahmad.

DI SEDIAKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN ZAKARIA 019-2627636
PENGETUA
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR مَعْهَدُ تَحْفِيْظِ الْقُرْآنِ دَاْرُ اْلأَبْرَاْرِ
NO. 19&21 ATAS PERSIARAN PM 3/2, PUSAT BANDAR SRI MANJUNG SEKSYEN 3,32040 SRI MANJUNG PERAK.E Mail:ibrahim_mtd07@yahoo.com
Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun
Bank Muamalat no.08030002138714/ CIMB Bank 0815-0000173-10-9

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.

Minta penjelasan sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan "ribath".

Terima kasih, wassalam.