CHEMOR 6 FEB Ketibaan kami di Chemor pada jam 9.15 pagi disambut meriah. Telah ramai yang menantikan kami di sebuah rumah yang merupakan Markaz Pas Tambun.
Rombongan terdiri dari 22 orang itu diketui oleh YAB. Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Muhammad Nizar Jamaludin dan Isteri. Ikut sama ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim, YB. Tai Sing Eng, YB. Hussain Din, YB. Ramli Tusin, YB. Ab. Yunus jamhari, YB. Mohd. Zainuddin dan YB. Chan Ming Kai.
Selain itu ikut Serta Timbalan PesuruhJaya PAS Perak, Dr. Khairuddin, Wakil-wakil dari Sekretariat Wanita PR Perak dan para blogger.
Inspektor polis ini cuba mengelak untuk bersalam dengan
MB Nizar. Takkan bersalam pun boleh diturunkan pangkat?
Ramai berbaris menantikan ketibaan MB Nizar dan rombongan
Ketibaan yang dinantikan
Rantaian orang ramai yang menyambut ketibaan MB Nizar
Muslimat juga ramai yang hadir
Ustaz Wan Zawawi menyampaikan ucapan alu-aluan
Pimpinan Pakatan bersama rakyat
Dr Khairuddin, YDP Tambun menyampaikan ucapan beliau
Ucapan daripada Menteri Besar Perak
Dato Seri Haji Nizar memberikan penerangan mengenai
suasana politik di Perak
Selasa ini (9 Feb) akan diketahui siapakah Menteri Besar
Perak yang sebenar
Datin Seri Fatimah Taat bersama-sama masyarakat kaum
Tionghua yang menggoreng kuih loyang
Sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina disampaikan
oleh MB Nizar kepada masyarakat Cina Chemor
Kesemua penerima sumbangan berbesar hati dengan
ingatan tulus ikhlas MB Nizar kepada mereka
Mencuba goreng kuih loyang bersama YB Tai Sing Ng dan
YB Chan Ming Kai
Sarapan pagi dijamu kepada semua. Dr Khairuddin menikmati
nasi lemak bersama yang lain
Ini le first time yang pertama teman duduk makan sekali
dengan seorang Menteri Besor Perak
Duduk makan atas tangga bersama Menteri Besar Perak.
Ada yang mencadangkan nama 'tangga demokrasi'.
Jangan datang MBI nanti robohkan tangga tu, sudahlah...
Sedap nasi lemak ni, yob. Chefnya yang pakai apron dan
berkopiah putih tu
Jamuan nasi lemak kepada semua hadirin
Seorang penduduk Chemor yang mengambil kesempatan
untuk menyuarakan masalahnya kepada MB Nizar
Bacaan doa sebagai penutup majlis
Terima kasih Dato Seri Nizar kerana sudi menjenguk kami
di Chemor ini
5 ulasan:
saya ada semasa DS Nizar dan yb yg lain sampai di markas ini..Markas ini hanya bersebelahan dengan rumah saya..saya mmg bangga dengan penubuhan markas ini..kawasan markas itu adalah kawasan keluarga saya..sanak saudara adalah penyokong kuat umno..bermacam tohmahan dibuat pada tuan tanah yang ingin mendirikan pondok markas tersebut..saya menentang dengan mengatakan biar mereka bina itu tanah dia..hak dia..hadapan rumah saya mmg tanah lapang..saya siap sediakan untuk parking kenderaan pada hari tersebut.harap markas tersebut dapat bersinar dengan megah..Hidup..hidup..hidup pakatan rakyat.
salam yb
mnti penuh debaran 9feb,..... apakah sejarah lama akan berulang......
jago>B.D
Alhamdulillah,memang meriah hari tu,teman sekeluarga datang.
rugi YB Idham Lim tidak menyertai rombongan ini bersama DS Nizar sebab makan percuma hahaha.....
sesapa nak belajar cara bersalam yg betul cuba perati cara ds nizar salam. mata pandang muka, tgn kejap erat, senyum, tak salam bukan muhrim. tq ds sebab bg contoh. tak caya ygk la cara org org besar ngan org org perasan besar bersalam. naik meluat ada la.
Catat Ulasan