12 Februari 2010

JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka

27 Safar 1431H
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, perlu mengikut saluran yang ada dan bukannya mengkritik secara terbuka.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengkritik jawatankuasa itu secara terbuka adalah tidak wajar memandangkan parti mempunyai saluran khas iaitu Jawatankuasa Rayuan bagi menerima sebarang bantahan.

"Kalau ikut prosedur parti, memang dilarang, kita tak puas hati kita bantah Jawatankuasa Disiplin, sepatutnya tidak berlaku.

"Mana-mana tak puas hati, ikut peraturan yang ada, pergi ke Jawatankuasa Rayuan yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Selain tidak sepatutnya berlaku, Tuan Ibrahim juga mengingatkan pihak yang tidak berpuas hati itu berhenti dari mengkritik secara terbuka kerana ianya boleh membentuk satu persepsi salah terhadap Jawatankuasa Disiplin dan PAS itu sendiri.

"Kita ada adab kita, ada akhlak kita dalam jamaah yang kita kena jaga, kalau tak boleh jaga akhlak, mengkritik tanpa adab, bukan sahaja menggambarkan kita tidak beradab tetapi yang lebih besarnya takut kita membentuk satu persepsi salah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Jawatankuasa Disiplin, jelasnya hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan parti dan bertidak dengan asas yang kukuh.

Tugas utama jawatankuasa itu, jelasnya adalah untuk melihat perjalanan parti dengan baik dan menyekat elemen-elemen yang dianggap merugikan parti yang dibuat oleh ahli.

"Kita bukan nak hukum orang, bagi kita, seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dibuktikan dia bersalah.

"Bila ada kes, kita kena jatuh hukuman, biasalah kita jatuh hukuman, ada yang setuju dan tidak setuju tak boleh nak elak, memang akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita," katanya lagi.

Berhubung cadangannya agar anggota jawatankuasa disiplin bukan daripada AJK PAS Pusat, beliau berkata cadangan tersebut bukan bererti beliau mahu lari dari tanggungjawab, tetapi mahu jawatankuasa tersebut dilihat adil.

Beliau turut mengakui, cadangan tersebut sukar untuk dilaksanakan dan akan memakan masa yang lama kerana melibatkan pindaan perlembagaan PAS.

"Bukan saya nak lari dari tanggungjawab, soalnya adalah Jawatankuasa Disiplin bukan sahaja hukuman adil, tapi dilihat adil, itu yang payah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli parti menumpukan kepada agenda lebih besar, iaitu gerak kerja pilihan raya berdepan Umno/BN daripada sibuk mengkritik PAS atau Pakatan Rakyat.

Hujung bulan lalu, Jawatankuasa Disiplin PAS memutuskan Khalid digantung enam bulan daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, manakala Hasan Ali diberi amaran bertulis.

Mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Harakahdaily.net/-

14 ulasan:

tegur khalifah dengan Pedang berkata...

khalifah kedua pun dikritik secara terbuka, terima aja ler kritik secara terbuka, bukan semua yg mengundi PAS adalah ahli PAS, bukan semua blogger penyokong PAS adalah ahli PAS, so terima ler .. Pengerusi dan AJK Disiplin PAS now di hakim dan serta didisiplinkan oleh penyokong PAS.

Awanama berkata...

saya sokong diambil tindakan pada mereka berdua, bukan bermakna khalid dan hassan ali tak baik, bagi saya mereka adalah pejuang islam yang sanggup mengabaikan kepentingan peribadi demi untuk islam dan bangsa melayu, tetapi selagi manusia itu bernama manusia pasti banyak kekurangannya,jadi sekali sekala elok juga diberi peringatan takut-takut terlupa. Biar bertindak menurut ilmu dan jemaah, bukan menurut hati tanpa makrifat.

Awanama berkata...

lepas ni kita jgn calon lagi.. calon yang berprofisonal buat masaalah pada parti saja..

agaknya diorang telebih pandai kut...

baik calon pak lebai kpg saja xde nak rosakan parti..

yes berkata...

Jangan calonkan calon yang professional?

Jadi Pas hanya ada pemimpin yang anggok anggok apa ketua cakap sahaja lah. Lama lama Pas jadi HAMPAS.

Sebelum beri cadangan cuba berfikir secara mendalam dulu. Jangan ikut sedap mulut sahaja. Alim ulama juga tergulong kpd ahli professional,ramai di antara mereka adalah bekas pensyarah di university.

Apa yang kita hadapi sekarang ini ialah perbezaan pendapat. Ini perlukan perbincangan, akhirnya kita akan dapat pendapat yang bernas. Dari situ lah PAS akan jadi lebih maju. Cuma bagaimana kita harus berbincang, itu patut di tekan kan olih PAS.

Awanama berkata...

kita bukan UMNO yang tertutup tapi jahat

Awanama berkata...

orang yang membuat teguran kena tegur, orang yang bersalah dibela, dah ikut budaya UMNO?

Awanama berkata...

terima sajalah teguran dan mengaku sajalah kesalahan dengan cara terbuka. jangan bodoh sombong dan rasa alim, nanti jadi sombong macam iblis

Awanama berkata...

jawatan kuasa disiplin bukan maksum

Awanama berkata...

patutlah pas pahang dan terengganu semakin mundur kebelakang, sebab pemimpin tak boleh menerima teguran

Awanama berkata...

tak perlulah budaya atau perangai UMNO yang gila kuasa dan pangkat ada dalam pas

Awanama berkata...

jangan jadi barua UMNO

Awanama berkata...

teguran terbuka dibuat sebab hukuman pun terbuka dan tidak adil, malahan macam mahkamah UMNO

Awanama berkata...

Jawatan kuasa pas belum lagi boleh perintah malaysia tapi perangai dah macam UMNO

Awanama berkata...

Pas perak contoh terbaik, bersikap matang, terbuka dan boleh menerima teguran