27 Safar 1431H
Email : Topeng Perak® Unmasked
“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.
Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:
Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.
Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinny a mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.
Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.
Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.
Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.
Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.
Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.
Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.
Tengku Razaleigh Hamzah

17 ulasan:
Umno juara putar alam...
Ambo ucapkan syabas kepada YBM Ku Li kerana berani mengeluarkan pandangan yang benar tetapi bercanggah dengan kepentingan UMNO. Dari isu royalti hingga ke isu kerajaan haram di Perak, YBM Ku Li telah meluahkan pandangan selari dengan undang-undang yang terlibat.
Ambo nak cabar UMNO khususnya DSN sendiri untuk mengulas kenyataan ini dan mengambil tindakan ke atas Ku Li jika beliau bersalah.
Ada berani ke..
selalunya jika ada kemelut begini, DSN akan buat sebagai lembu kenyang sahaja
bukan UMNO saja putar alam, dgn HAKIM-HAKIMnya xleh nak caya; inilah dasar PENIPU
Kami sokongan pandangan bernas Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi begitulah realiti Malaysia kini. Pelabur semakin meragui keadilan sitem perundangan Malaysia dan kemungkinan pelabur akan menarik keluar semua pelaburannya disini. Apakah kini ingin melihat rakyat Malaysia merempat.. Apabila kilang ditutup.. Mereka akan dibuang atau terbuang. Fikirkanlah sejenak...
satu kerugian untuk Pakatan Rakyat..
satu kehebatan untuk Barisan Najib..
mengencingkan rakyat
Apa yang dinyatakan oleh YBM Tg.Razaleigh itu adalah pandangan seorang ahli politik yang tahap pemikirannya dah tinggi. Pernyataan beliau itu merupakan satu harapan agar Malaysia ini menjadi sebuah negara yang bertamadun, supaya Malaysia ini warganya memiliki tahap pemikiran warga negara maju berdasarkan prinsip-prinsip yang telah lama dibentuk, dipersetujui dan digunapakai.
Persoalannya adakah masyarakat Malaysia hari ini begitu sifatnya? Kalau hanya segelintir atau sebahagian sahaja yang mahu atau berusaha untuk berfikiran sedemikian sedang sebahagian besar lagi masih berpegang kepada hukum rimba serta membelakangkan konvensi, perlembagaan serta prinsip-prinsip demokrasi berparlimen maka inilah jadinya.
Oleh itu elakkan daripada memilih manusia-manusia BODOH sebagai pemimpin. memilih manusia BODOH akan menyebabkan haru-biru segalanya
Saya umur 63 tahun inilah pertama kali saya lihat menteri besar di Malaysia dilantek melalui penghakiman. kah kah kahhhhhhhhhhh
YM TG. Razaleigh, dah tu tunggu apa lagi dalam UMNO...
malaysia ni da tak demokrasi......
anak muda da meluat ngan sandiwara politik.....
Allah Maha Besar.....
ini makin membuat rakyat makin kat pemerintah...
tak kira la berapa banyak yg di tabur.....
di hati tetap ingin menumbangkan BN....
kalo nak takdir, use pilihanraya.....
kalo bini dia kena rampas, apa dia rasa???
lembu pon tak bodoh macam tu.......
saya yakin Ku Li masih sayangkan UMNO, cuma umno Ku Li ialah UMNO 46,UMNO yang cintakan bangsa. UMNO najib adalah UMNO pembelit bangsa. So, tggu apa lagi eloklah KU LI tinggalkan UMNO, kerana perjuangan UMNO 46 dulu kini telahpun diambil alih oleh PAS
saya setuju dengan Ku Li...
ini lah yang dikata kan ilmu tinggi, taqwa tak ada
tak takut kepada pehakiman dari Allah swt.
sememeangmya org umno begitu, melawan arus, kerana mereka suka tengok filem hindustan, pelakunnya dapat anugerah datuk lagi. wahai org umno tanyalah hati kecilmu, bukankah keadilan itu sebenar2nya dari Yang Maha Adil, bertaubatlah wahai org umno sebelum terlambat............
saya setuju sangat pendapat Ku Li...Takbirrrr....
Err...guys. Can we really trust he? Well let look it this way. He not one of us, but he provoke us by tell us we are right. Isn't that weird?
Well, must be a little bit caution or we will losing faith and get divert from our own purpose.
Apa lagi YBM Tengku ujud kembali UMNO 46 jadikan Komponen Pakatan Rakyat
YBM Ku Li hidupkan kembali UMNO 46 masuk komponen PR
Catat Ulasan