09 Februari 2010

Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya

25 Safar 1431H.

Saya akan berada di mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi ini bersama-sama dengan DS. Nizar serta ADUN yang lain. Selain itu saya jangkakan ramai kepimpinan PAS yang akan hadir. Bagi Negeri Perak antara yang memberi pengesahan ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ust. Abu Bakar Hussain.

Selain itu sejak kelmarin Bas yang disediakan oleh PAS Perak sebanyak 4 buah telah penuh disisi dan disamping itu terdapat lagi beberapa buah bas yang dikendalikan oleh PAS kawasan.

Komponen lain dalam Pakatan Rakyat Perak iaitu PKR dan DAP dimaklumkan juga menyediakan bas percuma untuk ahlinya. Jumlahnya tidak dapat disahkan.

Gelombang penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dan para pemerhati untuk hadir di Putrajaya pada hari ini saya yakin memberangsangkan. Berdasarkan SMS dan talifon yang saya terima, saya jangka jumlah kehadiran pada hari ini adalah jumlah yang teramai dalam perbicaraan kes Perak yang mencuti banyak perhatian banyak pihak.

Semuga pakatan Rakyat Perak sekali lagi diberi peluang untuk menerahui kerajaan negeri dengan keputusan yang akan diumumkan pada jam 9.30 pagi ini.

Jumpa di sana.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.....takbir...semoga Allah besama-sama dengan org yang benar...sebagai anak jati perak saya mendoakan semoga negeri tumpah darah ini di ketuai oleh seorang manusia yang beriman dan bertakwa...amin. ISLAM PASTI MENANG......

thatguy berkata...

Umno mungkin dimalukan?? sapa tau..
http://colourluna.blogspot.com/2010/02/umno-mungkin-dimalukan-nantikan.html

Tanpa Nama berkata...

sy rakyat perak yang cintakan kedamaian,kesejahteraan mahukan seorang pemimpin negeri yng adil, berwibawa,tdk ikut telunjuk org laen...hdup pas...hdup pas...hdup pas...

Tanpa Nama berkata...

SEMUA DAH TAU KEPUTUSAN, APA NAK BUAT!! TAKDIR MENENTUKAN SEGALANNYA. KITA KENA REDHA DAN HIDUP DI DUNIA PENUH COBAAAANNNN. RAPATKAN SAF DAN GERAKKAN PERJUANGAN UNTUK PRAYA KE 13. WALAUPUN PEDIH UNTUK MENERIMA BERITA INI TAPI KITA HANYA MANUSIA BIASA YANG DUDUK DI BAWAH KERAJAAN YANG ZALIM.