18 Februari 2010

Maulidur Rasul: Rendahnya mentaliti Umno

3 Rabiul Awwal 1431H
http://misabah.blogspot.com

Apabila Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Pulau Pinang batalkan perarakan sempena Maulidul Rasul saw. tanpa usul periksa Timbalan Perdana Menteri terus buat kenyataan menyanggah kerajaan Pulau Pinang, Pak Lah Badawi yang sudah tidak ada kepentingan politik pun tumpang komen sekali. Yang sangat dikesalkan, Mufti Perak Harussani juga komen sama tanpa tahu hujung pangkal.

Kalau pemimpin UMNO buat kenyataan seumpama itu saya tidak sangat hairan, sebab mereka sentiasa memutarkan isu untuk kepentingan politik mereka, perkara yang tidak wujud pun direka supaya wujud. Tujuannya nak bagi orang Islam dan orang Melayu marah dan sensitif terhadap isu ini. Lim Guan Eng akan dilabel anti Melayu dan anti Islam. Inilah kerja UMNO, mereka porak perandakan Selangor, sebelum tu Perak sampai tumbang, Kedah juga cuba diusiknya, sekarang giliran Pulau Pinang pula. Apa punya UMNO, dengki, jahat, busuh hati, celaka.

Persoalannya buat ke tak buat perarakan, itu hak kerajaan negeri, tak timbul soal batal ke tak batal. Penganjur sambutan Maulidur Rasul ialah Kerajaan Negeri, terpulanglah pada kerajaan nak buat perarakan ataupun tidak sempena sambutan maulid nabi peringkat negeri. Yang penting sambutan diadakan, difahamkan kerajaan negeri menganjurkan selama tiga hari tiga malam. Perak sejak lepas-lepas sehari sahaja iaitu perhimpunan sebelah pagi sahaja, kalau ada malam pun forum atau ceramah.

Di Pulau Pinang, kerajaan PR yang dipimpin DAP boleh anjur sehingga tiga hari tiga malam. Semua dipenuhi dengan program-program islamik yang ada beberapa acara Ketua Menterinya hadir sama. Tahun lepas, Lim Guan Eng turut serta dalam perarakan dan berada di atas pentas. KM BN yang lepas-lepas ada ke turut serta ?

Lain lah kalau sebelum ini, kerajaan tak pernah buat perarakan, kemudian ada permohonan dari Ngo Islam atau UMNO nak berarak sempena sambutan maulid nabi, tetapi permohonan ditolak oleh Kerajaan Negeri, barulah UMNO nak melalak ke, demontrasi ke, atau jajalah merata kampung seluruh negara konon Lim Guang Eng anti Islam dan sebagainya, barulah ada munasabahnya.

Ini, kerajaan Negeri tak katapun nak batal, tiba-tiba Utusan melapor batal, Timbalan PM boleh melalak tak tentu pasal, apa punya mentaliti pemimpin UMNO macam ini. Pak Lah pun serupa je. Perarakan maulid nabi dulu-dulu memang menjadi acara tahunan sambutan maulid nabi, entah tahun bila saya pun tak ingat, perarakan tidak lagi diadakan, ada ke UMNO sensitif dengan pembatalan ini, PAS pun kisah dengan pembatalan perarakan ini.

PAS tak nampak pentingnya perarakan, buat pun tak kisah, tak buat pun tak kisah, pada PAS yang penting penghayatan sunnah junjungan besar Rasulullah saw. Perarakan maulid nabi dibuatnya, tapi aurat tak ditutupnya, hukum hudud ditolaknya, solat berjamaah ditinggalkannya, solatpun tidak kadang tu, dan macam-macam lagi yang mereka tak buat amal Islam pun. Bila perarakan kononnya batal, bukan main marah Muhyiddin, tapi apa usaha beliau untuk menghalang sambutan hari kekasih, orang Melayu ramai terlibat pulak tu.

Mufti Perak, satu-satunya mufti yang disegani kerana tegas terhadap isu-isu umat Islam pun sama rupanya, melatah buat kenyataan tanpa usul periksa. Di Perak, apabila perarakan maulid rasul ditiadakan sejak zaman Ramli Ngah Talib, ada ke UMNO dan mufti Perak buat kenyataan menyanggah kerajaan negeri. Ada ke umat Islam dan orang Melayu terasa tersinggung ketika itu ?

Sejak tulah, perarakan tidak pernah dibuat di Perak, PAS pun tak kisah, sebab itu, bila PR ambil alih, kita pun tak buat perarakan sama. Tetapi sambutannya cukup luar biasa, tak cukup tempat untuk ramai. Yang lepas-lepas, kerusi tak penuh pun. Ini kata pegawai-pegawai kerajaan yang setiap tahun terlibat dengan maulid nabi.

Lim Guan Eng yang dilabel anti Melayu dan Islam oleh UMNO memberi peruntukan yang agak besar untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, zaman BN ini lebih kurang 12 juta setahun, Guan Eng umum 24.3 juta untuk tahun 2010. Kontraktor Bumiputra yang dapat projek dan tender kerajaan adalah 70 % berbanding kontarktor bukan bumi.

Menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola dan suri teladan dalam amalan keadilan di Pulau Pinang. Pemimpin UMNO siapa para sahabat dan ulama yang jadi suri teladan dalam amalan pentadbiran di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka.


Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.

Harakahdaily.net/-

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asmkum,
Saman sahaja Utusan tu kalau dia betul memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

mufti fulus addunia....tuan dia melalak, dia pun apa lagi, berkokok sakan la...wakaka

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wrth wbth

Mufti Perak fikir yang lebih penting tentang Islam. Agak-agak boleh tak jawab dihari perhitungan. Sedarlah umur sudah dihujung usia. Jangan fikir sangat pangkat dan wang ringgit. Sebagai seorang muslim, marilah bersama dalam perjuangan Islam.

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara2 semua, menulis dan bercakap memang senang, tapi yang nyata utusan telah memperolehi salinan surat pembatalan perarakan itu oleh timbalan setiausaha kerajaan negeri. skrg ini siapa yang berbohong, utusan atau lim guan eng. saya kalau betul saya sokong kalau salah saya bangkang tk kira la pas, umno, dap atau pkr ke yang salah tetap salah yang betul tetap betul. Oleh lain kali kalau hendak menulis biarlah berfakta dan nyata dan disokong dengan bukti2 jangan hentam sembrono je.........

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa awak kot yg cakap dan hentam semborono tuh. Tak baca ke keterangan dari Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri takde pun membatalkan perarakan tu. Salinan yg kononnya utusan dapat tu hanya 1 salinan sedangkan ada 3 surat sebenarnya.

Saya rasa better kamu baca semula Malaysia Kini apa yg Lim Guan Eng tu jawab. Umno ni mmg nak pecah belahkan pakatan rakyat jek sbb tu benda camni dijadikan isu.

Please baca Malaysia kini ya....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t


Yang lebih saya kesalkan, umno tidak pernah bising atau bantah ketika gerakan tidak buat perarakan dari tahun 2003-2007. Begitu juga di Kedah pada zaman MB Mahazir Khalid. Di Perak juga begitu pada zaman MB Ramli Ngah Talib. Kenapa pula isu ini begitu dibesar-besarkan ketika Pulau Pinang diperintah PR. Adakah ini menunjukkan umno baru tersedar? Atau ada agenda lain yang tersembunyi? Bukankah di negeri berkenaan ketiadaan perarakan sudah menjadi kebiasaan?

Nabi tidak pernah meminta umatnya berarak pada hari kelahirannya. Nabi tidak pernah meminta umatnya bercampur-gaul lelaki dan perempuan semata-mata untuk berarak. Nabi tidak pernah meminta umatnya yang perempuan menjerit-jerit membacakan salawat ke atasnya.

Teringat saya akan cerita guru agama saya ketika sekolah rendah di Johor dahulu. Nabi menyambut hari kelahirannya pada hari Khamis dengan berpuasa sunat.

Bukankah lebih elok jika pada hari jadi kelahiran baginda itu kita berpuasa sunat, membaca Al-Quran yang sudah lama tidak kita buka, bersedekah pada fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan, daripada kita melahap makanan memenuhkan tembolok selepas berarak. Ingat, nabi berpuasa sunat pada hari tersebut sedangkan kita pula tidak mengikut sunahnya dengan meneguk air mineral di tengah panas terik mentari.

Kepada anda di luar sana
Beraraklah jika anda ingin berarak. Tiada hukum yang menyatakan perbuatan ini berdosa. Cuma pesan saya, lepas berarak jangan pula tinggal sembahyang Jumaat dengan alasan penat. Sebelum berarak, pastikan anak bini tidak kelaparan kerana tiada makanan di rumah.

Si wanita pula, janganlah gatal hendak bercampur-gaul dengan lelaki. Janganlah terpekik-pekik ketika berselawat nabi. Janganlah basahkan ketiak dengan minyak wangi, jangan sapu muka dengan bedak seinci atau gincu di bibir. benda itu cuma untuk si suami. Bertudung biar lingkup, jangan hanya belit dan pusing tapi jambul nampak sejemput. Mudah-mudahan lepas perarakan ini tudung akan sentiasa lekat di kepala. Jangan pula lepas berarak, tudung ikut berarak turun dari kepala.

Tanpa Nama berkata...

puak-puak umno ni suka buat lawak... ludah ke langit kena muka sendiri..... rakyat dah cerdik... benda terang lagi bersuluh... pikir-pikirla..... jgn sesat dalam terang.....

Tanpa Nama berkata...

bengong punya UMNO!

Tanpa Nama berkata...

umno da abih idea nk jatuhkn PR, ade cte skit, dibesokannya..