3 Rabiul Awwal 1431H
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas ini sewajarnya menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi negara pulih jika beliau benar-benar mahu membuktikan berjiwa rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal itu dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat marhaien.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang, Langkwai kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib.
Idris menyatakan demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang menyebut: Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini ekoran lawatan Najib yang disambut dengan jamuan ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi.
Katanya, bagi Najib dan ahli Umno/BN, itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikkan imejnya tetapi juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat nelayan dan marhaien di negara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.
Ini, katanya kerana Mac ini sahaja, kira-kira 50,000 kakitangan kontrak kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu.
Selain itu, tambahnya dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus, jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.
“Tetapi yang rakyat sedikit terasa dalam keadaan kerajaan yang gawat ini, tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak, adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$100 juta.
“Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu ubi rebus bila membaca berita ini,” ujarnya.
Katanya, mereka pasti tidak lupa bahawa syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan kerajaan sebanyak RM3.5 bilion pada Oktober 2008 ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.
“Dalam lawatannya di Kuala Chenang, Najib hanya beri RM7 juta kepada nelayan di situ untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM3.5 bilion,” ujarnya lagi.
Harakahdaily.net/-

3 ulasan:
rakyat berpendapatan RM1000 kebawah telah menjadi miskin kerana insuran kenderaan melebihi RM10 sehari, lagi banyak motor jadi lagi miskin era najib
Rakyat? didahulukan atau dibelakangkan?
Ceh! makan ubi rebuih sekali bising satu dunia.
Dema duk kampong hari-hari makan ubi rebuih tak bising pon.
Makan ubi rebuih konon nak rasa penderitaan rakyat.
Dah lame dah rakyat makan ubi rebuih dengan ikan kering la weh.
Kome aje tak peghrasan sebab dok kat kuale lumpo.
Apa ke nama kome ni.
Makan ubi rebuih pun buleh masok surat kabo.
Untung dema bagi makan ubi rebuih
Kalu bagi makan sipot rebuih tak ke nyanya kome
Macam keluo kat TV bersamamu hari tu.
Catat Ulasan