3 Rabiul Awwal 1431H
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meminta maaf serta menarik balik ugutan terhadap penduduk Kampung Baru dan sekitar.
Ketuanya, Kamaruzaman Mohammad berkata, ini ekoran menteri itu yang mahu menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memaksa penduduk Kampung Baru dan beberapa kampung lain sekitar ibu negara menyerahkan tanah mereka.
Katanya, seluruh negara mengetahui bahawa tanah Kampung Baru adalah Tanah Rizab Melayu dan kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa penduduk untuk menjual tanah mereka apalagi mengambilnya secara paksa menggunakan peruntukan undang-undang.
Tambahnya, kenyataan Nong Chik dalam rancangan Bual Bicara di TV3 baru-baru ini memperjelaskan lagi sikap tidak demokratik dan zalimnya pemimpin Umno terhadap rakyat dan orang Melayu khususnya.
Menurutnya, sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah turun ke Kampung Baru dan menjanjikan pembangunan di situ, sama seperti janji-janji manis yang ditabur oleh dua bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.
Namun, ujarnya, tiada sebarang rundingan dan perbincangan tentang bentuk pembangunan yang diinginkan oleh penduduk.
“Nong Chik cuba memaksa penduduk menerima Draf Cadangan Pembangunan Kampung Baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sehingga ke hari ini masih gagal dibentang di Parlimen,” katanya.
Sehubungan itu, DPPWP bertegas supaya semua draf atau cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh DBKL hendaklah dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu selepas menerima maklum balas dan cadangan rakyat.
Ini, katanya kerana DBKL adalah organisasi yang bertanggungjawab membangunkan ibu negara dan bukannya membangunkan ‘pekan koboi’ yang kecil.
“DPPWP menolak penggunaan Akta Pengambilan Tanah dalam urusan pembangunan dan mahu kaedah rundingan digunakan tanpa ada sebarang maksud yang bertindih atau prejudis kepada kepentingan rakyat,” ujarnya.
Harakahdaily.net/-

2 ulasan:
4 juta. Beli 4 biji mercedes untuk pemilik, isteri, 2 anak, habislah. Lepas tu kerja jadi jaga.
Kenapa tidak memandang 20 atau 30 tahun ke depan. Berapa pula nilai tanah tersebut waktu itu?
Ingat kata orang-orang tua. Harta kalau dah tukar duit, jadi tahi. 20 atau 30 tahun akan datang, cucu dan cicit anda hanya mampu menepuk dahi. Menyalahkan anda yang waktu itu sudah di alam kubur. Caci cerca jangan dikira.
4 juta itu mampukah melunturkan nafsu pemilik yang sudah membangunkan sendiri tempat mereka secara persendirian. 4 juta itu mampukah melunturkan nafsu pemilik gedung, kedai makan atau pemilik rumah sewa yang pendapatannya puluhan ribu hatta ratusan ribu sebulan?
Tepuk dada tanyalah iman!
ini la dia yang namanya MELAYU MAKAN MELAYU....
Catat Ulasan