3 Rabiul Awwal 1431H
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang mencerminkan sikap Umno yang didakwanya bermatlamat menghalalkan cara.
"Matlamat Umno nak kucar kacirkan kerajaan PR (Pakatan Rakyat) dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.
"Yang penting bagi Umno (ialah) untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kerajaan Pulau Pinang didakwa telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini. Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikannya.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, satu perkara pelik mutakhir ini ialah apabila Umno begitu ghairah mempertahan dan memperjuangkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
"Sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah-olah kerajaan Pulau Pinang anti-Islam," katanya.
"Bagi saya, berarak Maulidur (Rasul) tak salah, tak berarak tidaklah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi, kemudian tolak apa yang Nabi suruh," katanya.
Menurutnya lagi, apa guna berarak dan berselawat jika kemudiannya melakukan rasuah dan melakukan salahguna kuasa.
Mahfuz juga menyifatkan golongan tersebut menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka.
Pada hal, tegasnya, di Kedah, perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan sejak zaman pemerintahan Umno lagi.
Namun, ketika itu, katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pula mempersoalkan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mahazir Khalid mengapa perarakan Maulidur Rasul dibatalkan.
Begitu juga dengan media arus perdana yang juga tidak mempersoalkannya, tegas Mahfuz lagi.
Malah, katanya, banyak lagi negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno yang tidak mengadakan perarakan tersebut.
Beliau sekali lagi mengulangi bahawa perarakan Maulidur Rasul tidak salah, dan tidak berdosa jika tiada perarakan.
Sebaliknya, kata beliau, yang bersalah dan berdosa ialah apabila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat dan melakukan provokasi membakar gereja, surau dan melempar kepala babi ke dalam masjid.
Malaysiakini/-

3 ulasan:
Kalau kukuh pegangan iman, insyaallah sebesar manapun pangkat syaitan itu, kita akan mampu menahannya.
Kalau kukuh istiqamah dalam kalangan ahli PR, insyaallah sebesar manapun adu domba pihak lawan, kita mampu menepisnya.
Bilamana ahlinya memikirkan wang ringgit dan kepentingan individu melebihi kepentingan agama, bangsa dan negara; ketika itulah kita nantikan kejatuhan kita.
Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Allah Maha mengetahui segala yang tersurat dan yang tersirat.
salam, nak mencelah sikit je, gua amat manyampah and benci betul dengan cara UMNO-BN ni, camana diaorang nak keje untuk rakyat, hari-hari dok bantai orang tu tak betol, orang ni tak betol, bila diaorang keje untuk rakyat, dengar sini baik-baik wahai orang-orang UMNO-BN dan pencacai-pencacai UMNO-BN termasuk le si zul kambing dan si zaharin yang berkepala besar tu, sudah-sudah le menghentam PR, gua dan rakyat 1Malaysia tau PR jauh lebih baik dari lu orang, sori ye orang2 BN
Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar Firaun dan sebesarnyapun boleh jatuh lenyap di muka bumi ini. Mereka memerintah dunia ratusan malahan ribuan tahun. Kekayaan Menteri Ekonomi Firaun bernama "Qarun" sehingga kini tiada makhluk kuffar di dunia dapat mengatasi kekayaan Qarun. Tetapi sehingga kini, pihak Kuffar tidak dapat mengalahkan kekayaan Nasi Sulaiman A.S. yang menguasai bukan sekadar kekayaan tetapi Jin, Haiwan dan Makhluk lain yang bukan manusia.Soal negara, apalah sangat hebatnya negara seperti Malaysia ni yang langsung tidak masuk buku dan setaraf dengan kedudukan empayar besar di dunia. Merdekapun baru mencecah setengah Abad.
Bagi yang mengejar kekayaan, kebenarannya yang kita makan tak lebih 2 pinggan nasi sehari. Itulah rezeki kita, yang lain hanya fatamorgama selain setelah mati kelak menjadi api dan ular berbisa yang membaham pemilik harta tersebut kerana tidak infaq, zakat dan sedekah.
Sama-samalah kita renungi kerana amat jelas kedudukan dunia dan malapetaka bahawa "Tahun ini lebih buruk dari tahun lalu dan hari ini lebih buruk dari semalam". Begitulah seterusnya dan itulah kebenaran yang akan kita tempuhi. Ws.
Catat Ulasan