"Linka" bermaksud taman dalam bahasa Tibet. Oleh itu, "Khache Linka" menunjukkan kawasan ini didiami oleh penduduk yang beragama Islam. "Khache Linka" terletak di barat Istana Potala. Selain perumahan, tanah perkuburan, terdapat juga dua buah masjid dalam kawasan tersebut. Terdapat dua masjid di sebelah timur dan barat dalam kawasan ini. Manakala, taman perkuburan Islam dibina di bahagian selatannya. Abdul Halim, ayah pengantin lelaki memberitahu wartawan bahawa adat resam perkahwinan orang Islam di Tibet dilangsungkan menurut ajaran Islam, namun begitu ia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Misalnya, pihak perempuan boleh berpindah ke pihak lelaki, manakala pihak lelaki juga boleh berpindah ke pihak perempuan. Ini bergantung kepada perbincangan kedua-dua pihak. Upacara perkahwinan biasanya berlangsung selama dua hari. Sebagai contohnya sekiranya upacara perkahwinan ini pihak lelaki yang berpindah ke pihak perempuan, maka ketibaan pengantin perempuan di rumah pengantin lelaki adalah dengan ditemani ahli keluarganya pada awal hari pertama. Setelah menerima salam dari sanak saudara dan sahabat handai pengantin lelaki, maka pengantin lelaki akan pergi ke rumah pengantin perempuan pada hari yang kedua untuk menerima salam daripada pihak perempuan pula. Dengan itu, mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah.
Menurut cerita, pada abad ke-17 Masihi, seorang Imam dari Kashmir berhijrah ke Tibet dan memohon agar Dalai Lama Kelima menghadiahkan sebuah tempat sebagai kediamannya. Menurut perintah Dalai Lama Kelima, cara untuk menentukan kawasan kediamannya ialah dengan memanah. Sehubungan dengan itu, kawasan tersebut lama kelamaan menjadi "Khache Linka" seperti yang dapat disaksikan sekarang ini.
Secara kebetulan pula satu upacara perkahwinan sedang diadakan ketika wartawan membuat liputan di "Khache Linka". Mereka turut diundang menghadiri upacara tersebut.
Ketika masuk ke halaman rumah pengantin lelaki, ia sudah penuh sesak dengan tetamu yang ramai. Wanita yang memakai pakaian berwarna-warni sedang sibuk menyediakan hidangan, manakala tetamu lelaki berbual-bual sambil mimum teh mentega dan teh gula. Lagu-lagu merdu kedengaran walaupun bunyinya datang dari jauh masih boleh didengar.
CRI/-
12 Februari 2010
Mendekati Orang Islam di TibetⅡ
27 Safar 1431H
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
menarik tuan..http://kritik-damai.blogspot.com mohon budi baik linkkan blog kecilku ini..berita menarik mengenao zambry dan alam lain
lihalah bagaimana mereka mendaulatkan tulisan jawi.
Catat Ulasan