26 Februari 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI PERAK: DI MANA SILAPNYA

11 Rabiul Awwal 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (23 Februari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal jika benar yang telah di laporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan kehadiran rakyat Negeri Perak sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Negeri Perak di mana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat sama di lihat tiada sambutan daripada rakyat.

Utusan Malaysia telah melaporkan lebih 5,000 orang rakyat hadir semasa Majlis Sambutan yang telah diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 14 Februari yang lalu. Manakala pada 21 Februari yang lalu, Utusan Malaysia telah melaporkan hanya lebih 3,000 orang rakyat hadir. Perbezaan jumlah tersebut amat ketara kerana Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat.

DPPN Pk menggesa Kerajaan Negeri mengkaji kelemahan setiap Majlis yang diadakan terutama apabila Seri Paduka Sultan Perak telah mencemar duli berangkat. DPPN Pk juga berharap semua lapisan masyarakat di libatkan sama dan jangan ada pihak yang tersisih daripada program bersama rakyat.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:

nalapambu berkata...

3000 itu pun dah kira ramai tu.

Tanpa Nama berkata...

Siapa nak pergi... tambahan jika ada si fulan tu..

lagi hati, lagi sakit mata memandang..

Tanpa Nama berkata...

selagi mb mahkamah tu ada, selagi tu la rakyat perak muak nak hadir dlm majlis yg d anjurkan oleh kerajaan....

Tanpa Nama berkata...

malu jadi mb secara tidak demokrasi...sebab itu rakyat benci.Buat majlis pun rakyat tidak mahu pergi...kalau jenis mb ada harga diri..lebih baik bubar dun untuk beri peluang kepada rakyat mengundi bagi memilih mb baru yang mereka senangi...

Tanpa Nama berkata...

program yang tak dapat sambutan rakyat