Di kawasan selatan China terletak sebuah pekan yang bernama Longquan didiami 19 orang tua yang berumur lebih daripada 100 tahun. Antara mereka yang paling panjang umurnya 108 tahun. Pekan Longquan mempunyai penduduk seramai hampir sepuluh ribu orang. Menurut standard antarabangsa, ia adalah sebuah "kampung orang panjang umur". Nenek Wang, berusia 102 tahun, seorang penduduk pekan Longquan. Ketika wartawan tiba di rumhanya, nenek Wang sedang berehat di pintu hadapan rumahnya. Pekarangan rumahnya seluas 10 meter persegi amat bersih dan teratur. Cucunya Chen Yingsheng memberitahu wartawan bahawa neneknya merupakan seorang yang rajin dan sukakan kebersihan. Beliau mencuci rambutnya setiap hari. Sehingga kini, beliau masih boleh memasak sendiri, mencuci pakaian dan mandi sendiri. Biliknya juga dikemas sendiri beliau. Selepas meninggalkan rumah nenek Wang, wartawan pergi pula ke rumah datuk Wang yang berumur 104 tahun. Beliau memakai pakaian cantik yang dibelikan oleh menantu perempuannya. Anak lelakinya, Wang Caiquan yang berumur 78 tahun memberitahu wartawan bahawa datuk Wang pernah menjinakkan lebah, bermain Erhu (sejenis alat muzik tradisional China), dan berlatih kung fu. Menurut Wang Caiquan rahsia panjang umur ayahnya mungkin ada kaitan dengan ketiga-tiga aktiviti tersebut. Ini kerana madu amat baik bagi kesihatan manusia, manakala bermain Erhu bukan sahaja boleh mendatangkan pendapatan, tetapi juga memupuk suasana yang harmoni. Kung fu pula menyihatkan badan. Datuk Wang kini tidak makan banyak setiap hari, tetapi makanannya terdiri daripada beraneka jenis makanan. Beliau tidak suka makan daging dan mengekalkan kerja-kerja hariannya. Apakah rahsia panjang umur bagi penduduk pekan Longquan? Pegawai pekan itu Wu Jingyi berkata, udara di sini amat bersih sehinggakan ramai orang tua yang berumur lebih daripada 100 tahun tinggal di sini. Mereka biasanya makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri, mengekalkan kerja-kerja harian dan dijaga dengan baik oleh anaknya. Inilah sebabnya mereka mempunyai usia yang panjang.
Ketika mengenang kembali liku-liku perjalanan hidup nenek Wang yang lalu, anak bongsunya Chen Rufu berkata ibunya amat "bersusah payah". Nenek Wang berkahwin ketika berumur 14 tahun dan mempunyai 8 orang anak. Suaminya meninggal dunia ketika nenek Wang berumur lebih 30 tahun. Beliau terpaksa meneruskan kehidupan dan membesarkan sendiri lapan orang anaknya. Nenek Wang sentiasa menasihatkan anaknya agar menjadi seorang yang bersikap sabar, besar hati dan mudah memaafkan. Menurutnya, kelapangan hati dan kejernihan jiwa adalah dua perkara yang membawa seseorang itu panjang umurnya.
CRI/-
26 Februari 2010
Rahsia Panjang Umur Penduduk di Pekan Longquan, Hainan
11 Rabiul Awwal 1431H
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan