17 Februari 2010

Setiausaha Politik Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

2 Rabiul Awal 1431H.

KUALA LUMPUR: Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatan berkuat kuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Kenyataan menteri itu memberitahu, Hasbie menyerahkan surat peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

Nor Mohamed ketika ditanya sama ada Hasbie merupakan individu yang ditangkap dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu di Butterworth, beliau berkata:

"Saya hanya boleh sahkan kenyataan yang saya hantar itu hari ini."

Nor Mohamed yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan berkenaan.

Hasbie adalah antara 27 pegawai yang dilatik ke jawatan tersebut pada April 2008 semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dia dilantik sebagai setiausaha politik kepada Nor Mohamed yang sebelum itu merupakan Menteri Kewangan II.

Semalam mStar Online melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan bersama longgokan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

Wang tunai itu ditemui dalam longgokan wang RM5, RM10, RM50 dan RM100. Difahamkan pegawai SPRM dari Putrajaya yang menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar pukul 3.30 petang Jumaat itu, turut merampas kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus dekat sini.

Turut disita ialah sebuah kereta BMW yang didaftarkan di bawah nama individu dari Sarawak.

Tidak dapat dipastikan dari mana suspek memperoleh wang tunai sebanyak itu dan tujuan menyimpannya.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, The Star melaporkan bahawa SPRM menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di awah Akta Pengubahan Wang Haram.

Laporan itu turut menyebut, suruhanjaya itu menyita sekurang-kurangnya empat kereta mewah dan empat rumah mewah yang dipercayai milik setiausaha politik berkenaan yang berusia 30-an.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Laporan yang memetik sumber itu memberitahu, pegawai penyiasat turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.Mstar/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Letak jawatan selepas menjadi jutawan. nilah individu UMNO yang melaungkan slogan 1 Malaysia

nuarmusa berkata...

biasalah....bn/umno dengan rasuah bagai kentut dengan tahi ! masuk umno atau pegang jawatan kerana nak cari duit. Kalau dasar perjuangan tidak berteraskan islam, maka duitlah teras perjuangannya..kesian duit rakyat..! rakyat hidup makin terhimpit kerana pelbagai masalah spt kos hidup tinggi, kanaikan harga barang, gejala sosial, penyampaian maklumat tidak adil dll...Lu pikirlah sendiri cara penyelesaiannya..

Qaseh Bonda berkata...

bapa segala jerung lepas bebas...kalau dah kepala tu dah memang lanun...apa sangatlah dengan pengikut yang macam sampah sarap...anak pun orang akan kata like father like son...

Takkan munkin ada kesudahannya selagi mereka tak ditumbangkan seratus peratus.

Tu baru SUP...Mcm mana dengan SUS...SUA...

Ya Ampunnn!!!

Tanpa Nama berkata...

bang brahim tulun bang brahim....macam mana nak kasi habis duit rakyat bang brahim..versi pendekar bujang lapuk

Tanpa Nama berkata...

aku dah 20 tahun tak kaya kaya jugak.dalam bank ada dalam rm 200. tapi hidup aku senang, bahagia. alhamdulillah... halal.

Tanpa Nama berkata...

Beliau akan didakwa dan mungkin didapati bersalah... dekat-dekat pilihanraya. Lepas pilihanraya buat rayuan....buang kes bukti bercangah. Biasa la