
http://perakite.blogspot.com
Apa lagi yang hendak ditunggu Parti Keadilan Rakyat ... seeloknya singkirkan segera YB Zulkifli Noordin kerana beliau ternyata seorang yang tidak berpendirian kecuali mementingkan diri sendiri.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata sekarang adalah zaman politik terbuka dengan mengambilkira pendirian prinsip sendiri dan tidak terlalu mengikut kehendak parti.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagi mengkhianati rakyat yang mengundi.
Kata-katanya itu dengan jelas mengambarkan bahawa Zulkefli tidak memerlukan PKR dan mungkin Umno akan menerimanya menjadi ahli.
Semasa PAS menyertai BN, tak seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS. Tok Guru elok tengok sejarah semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga,
Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.
"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.
Semakin lama dibiarkan, akan bertambah onar Zulkefli ini kerana sikapnya kini umpama Belanda mendapat tanah..
7 ulasan:
Ok YB, kalau macam tu alasan YB...mengapa YB bertanding bawah parti PKR...pada masa hadapan saya cadangkan YB bertanding atas tiket bebas...jadi YB bebas mengikut pendirian dan pensepsi YB dalam segenap hal...Dalam PAS kita kena ikut perlembagaan PAS, Pemimpin PAS selagi segalanya selari dengan ajaran Islam...Sayang PKR tersilap memilih atau terpilih YB...Takbir
Assalamualaikum,
Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Bila bercakap gunakan otak, mulut, telinga, mata dan hati.jangan cuma gunakan mulut sahaja. Bila membaca lihat bukan sahaja yang tersurat tetapi yang tersirat.
Wakil rakyat Pas tak lompat adakah sebab setia pada parti atau takut jatuh talak tiga keatas isteri kalau lompat parti?
Umat islam sendiri bergaduh sesama umat islam.. Musuh hanya menunggu masa untuk menyerang..
Salam...Yb Zul....yg dihormati...saya rasa elok YB Zul berjumpa dengan YAB TG Dato' Nik Aziz dan bincang dari hati ke hati... YB ni kan seorang yg budiman.. Pd sahabat2 yg lain usah kita tekan YB Zul... mari kita ajak beliau kalau boleh berjumpa dgn Tok Guru dan bincang dan cari titik kebaikan bersama..supaya hilang segala kekusutan.. Salam buat YB Zul yg dihormati...
Maafkan saya, tak adakah orang yang berpengaruh dalam PR yang boleh nasihatkan YB Zul ini supaya tidak buat kecoh isu dalaman kepada media. Cerita dalaman ibarah aurat, keaiban yang tak wajar dibuka kepada umum. Selesaikan di dalam cara empat mata. Musuh memang cari peluang atas isu begini. Tolonglah YB Idham sampaikan salam saya kepada pemimpin atasan.
dah nak jd YB kudeta mcm tiga ekor di perak tuuu..buatlah kenyataan yang bukan-bukan..orang pas dah paham sangat spesis ni..
Catat Ulasan