16 Februari 2010

UMNO SUDAH SEBATI DENGAN BUDAYA FITNAH, TIDAK BELA NASIB ORANG MELAYU: PESURUHJAYA PAS PERAK

2 Rabiul Awal 1431H.
Mohd hafez sabri

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan dan mempersoalkan dalam kenyataan media beliau, setelah sekian lama Umno itu dipertanggung jawabkan untuk membela nasib orang Melayu, apa yang mereka lakukan untuk membangunkan orang melayu, sebaliknya pimpinan umno terus mengkayakan keluarga dan kroni mereka untuk keseronokan diri mereka semata. Menurut beliau tidakkah mereka merasa malu, jika tidak kerana orang Melayu yang memilih mereka dalam beberapa pilihanraya sebelum ini maka sudah lama politik umno ini akan terkubur.

Menurut beliau umno selama ini sudah lali dengan politik hasad dengki, cantas-mencantas dan sebagainya sudah sebati dengan politik Umno., apa yang penting bagi umno ialah kuasa dan harta.

Menurut beliau lagi perkara ini boleh ditanaya sendiri dengan pimpinan Umno. Pasti tidak ada siapa yang sanggup menafikannya. Bila kuasa ada di tangan, mereka gunakan segala kesempatan yang ada untuk mengumpul harta untuk mengisi tembolok dirinya dan kaum keluarga, dan lebih buruk lagi apabila umno telah merampas kuasa rakyat di negeri Perak

Beliau turut menyatakan bahawa masa semakin hari semakin beredar, orang Melayu tidak lagi seperti orang Melayu pada tahun 1970-an. Orang Melayu sekarang sudah bertambah cerdik. Sebab itu saya menentang keras jika ada yang mengatakan bahawa parti pembangkang telah meracuni fikiran orang Melayu, mempengaruhi orang melayu, menghasut orang Melayu dan sebagainya.

Dalam keadaan tertekan seperti sekarang pun pemimpin Umno terus bermain wayang kulit. Jari mereka tidak pernah membengkok. Sebaliknya terus menerus menudingkan ke arah orang lain. Saban hari orang Melayu dipersalahkan. Orang Melayu dituduh tidak tahu mengenang budi. Orang Melayu tidak tahu bersyukur. Kemudian jari itu ditudingkan lagi. Kepada parti pembangkang pula dikatakan memutar belitkan fakta, meracuni fikiran rakyat, jelas beliau Sehubungan dengan beliau menasihatkan kapada masyarakat melayu khususnya supaya meninggalkan perjuangan umno yang selama ini hanya menipu dan mempergunakan nama melayu untuk kepentingan politik mereka.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu bila berpolitik tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an maka teman rapatnya ialah syaitan.


(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Tak mengherankan bila Umno banyak menyusahkan majoriti orang Melayu dan menghalang majoriti orang Melayu dari maju dan berilmu, supaya Umno tetap kekal berkuasa walaupun tergadai segalanya.

Jika orang Melayu cerdik berfikir, mestilah mereka bertanya kepada diri sendiri, siapa yang wujud lebih dahulu, Orang-orang Melayu atau Umno yang wujud dahulu. Orang@ Melayu wujud lebih dahulu dari Umno dan Umno ini diwujudkan oleh orang2 Melayu...tetapi kenapa mesti org2 Melayu yg wajib terhutang budi kepada Umno?

Jikalau ditanya siapa yg patut terhutang budi, sama ada ayah/ibu terhadap anak2nya atau anak2nya terhadap ibu/bapanya?

Siapa yg wujud terlebih dahulu dan siapa yg membesarkan mereka...

Siapa yg mewujudkan Umno dan siapa yg menghabiskan duit berderma pada awal penubuhannya dahulu?

Tiba-tiba org2 Melayu yg banyak berkorban ini diminta supaya wajib mengenang budi Umno!

Sungguh UMNO TIDAK SEDAR DIRI, KACANG LUPAKAN KULIT, TIDAK SEDAR DIRI DI UNTUNG...

Lupa pada perjuangan sebenar...sesat dihujung jalan dan terlalu angkuh untuk kembali ke pangkal jalan...masih dengan sindrom penafian ibarat Si Tanggang derhaka pada ibunya...

UMNO, TUNGGULAH SUMPAHAN RAKYAT PADA PRU-13 NANTI ATAU PRU YG AKAN DATANG SEBAGAIMANA MAKBULNYA SUMPAH IBU SI TANGGANG TERHADAP ANAKNYA YG TIDAK MENGENANG BUDI...