16 Mac 2010

KENYATAAN MEDIA : PAS Perak sokongan tindakan PAS Bagan Serai adakan Solat Hajat terhadap Mohsin.

Berhubung dengan Program Solat Hajat yang dianjurkan khusus oleh Balai Kuliah Tasawur Islam dengan kerjasama PAS Kawasan Bangan Serai dalam isu Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli yang mengkhianati partinya dan Pakatan Rakyat, maka saya suka untuk memberikan beberapa kenyataan media dalam hal yang berkaitan,

1. PAS Perak menyokong tindakan dan program yang diadakan oleh Balai Tasawur Islam dengan kerjasama PAS Kawasan Bagan serai dan berharap program tersebut mendapat sokongan dari semua pihak khususnya Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat( PAS dan PKR).

2. Kami juga mengucapkan terima kasih dengan sikap proaktif yang dilakukan oleh Balai Tasawur Islan yang diketui oleh Bekas Peusurhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.

3. Saya mengharapkan supaya program tersebut mendapat keredhaan dari Allah SWT, dan Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada makluk-makhlukNya yang beriman. Selain itu diharapak Allah menetapkan hukuman Nya yang setimpal kepada siapa sahaja yang melakukan kezaliman. Juga memberikan kesedaran kepada mereka yang cuba untuk menghianati amanah rakyat.

Kenyataan Media, 15 Mac 2010

Ust. Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak.
(Irbik, Jordan)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hidup Ustaz Ahmad Awang!!!!!!!!

jalanhitam berkata...

Saya mahu meminta maaf, kerana menulis komen yang kasar sebelum ini.. Maaf..

tapi,
sesuatu untuk kita sama-sama fikirkan....

Adakah boleh kita membalas kezaliman dengan kezaliman??? Mendoakan kebinasaan dan keburukkan kepada sesama muslim?? benarkah itu yang Islam anjurkan???

Kenapa sewaktu Anwar melancarkan konpirasi 16 Sept... kita semua sepakat setuju??? ((Sehingga Tian chua di hantar keluar negara))

Kenapa bila ADUN Bota, Nasarudin Hashim.. Keluar UMNO masuk PKR dulu... kita sama-sama bertepuk tangan....?? 'Kita kata inilah kehendak rakyat!! (*sila search ucapan Anwar dan pimpinan PAS sewaktu dan selepas sidang media)... Di sini: Kata Anwar, Harakah1, Harakah2

Di saat-saat itu ada kita kata YB Bota mesti lepaskan jawatan??? TIDAK!!
Yang ada kita kata 'ini adalah kehendak rakyat'.. Rujuk video sewaktu dan selepas sidang media... AKHIRNYA KITA DIMALUKAN SENDIRI!! NEGERI PERAK TERLEPAS!!

Kenapa kita tidak bersikap adil pada kawan dan lawan?? Kita tidak jujur... bukan saja pada rakyat dan diri sendirii... Malah pada Allah juga..

Hidup penuh kepura-puraan... Kerana itulah saya mula benci dengan politik kepartiaan yang SEMPIT!! baik UMNO mahupun PR..

Kata-kata orang politiklah yang paling tidak boleh dipercayai..

"Siapa yang berbeza dari pihak kita, kita kata mereka tentunya salah!" hanya kita yang benar!!

** Sering terkenang, indahnya Rasulullah berpolitik.. walaupun dalam ketegasan tapi penuh hikmah dan kasih sayang..