29 Rabiulawal 1431H
Cinta Pesara
Ini adalah luahan hati dan perasaan saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya. Saya seorang balu yang baru kematian suami. Suami saya seorang pesara pegawai kerajaan telah meninggal dunia dalam persaraan. Kini saya masih dalam edah.
Saya tidak mempunyai pekerjaan selain dari seorang surirumah sepenuh masa. Pendapatan saya selama ini untuk menyara hidup hanya bergantung pada pencen arwah suami semata-mata semasa hayat suami saya masih ada. Sebahagian besar wang pencen habis digunakan untuk membeli ubat semasa hayatnya dan semasa sakit dan juga semasa sakit tenat dan terlantar, saya seorang diri menjaganya tanpa bantuan sesiapa. Arwah suami saya tidak mempunyai harta, tidak mempunyai wang simpanan, rumah bersewa selama-lamanya ini. Segala urusan kematiannya hingga menguruskan batu nisan, saya selesaikan seorang diri walaupun itu tugasan orang lelaki.
Pencen yang tak seberapa nilainya dihentikan setelah suami saya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Saya tidak mampu bekerja atas sebab kesihatan.
Masalah timbul setelah suami pergi buat selama-lamanya, saya kehilangan tempat bergantung dan hilang pendapatan. Kini bagaimana harus saya teruskan hidup ini? Saya hanya seorang surirumah sepenuh masa dan tambahan pula mempunyai anak yang masih belajar di IPTA. Kesusahan dan penderitaan ini ditanggung sendiri. Masalah seperti saya ini mungkin juga dialami oleh ramai balu di luar sana.
Persoalannya:
Pencen arwah suami saya yang tak seberapa itu adalah satu-satunya sumber kewangan saya dan keluarga untuk teruskan hidup selama ini dan dengan pencen itu jugalah yang menampung perbelanjaan bulanan bagi pengajian anak saya di IPTA, sewa rumah, bil-bil sara hidup, ubat-ubatan arwah suami dan lebih membebankan lagi saya terpaksa melunaskan hutang-hutang arwah suami juga melalui wang pencen. Hutang wajib dibayar oleh waris yang masih hidup mengikut syarak - saya harus bayar dengan apa?
Saya amat memerlukan wang pencen arwah suami saya itu. Lebih mendukacitakan apabila rayuan demi rayuan telah saya buat kepada pelbagai pihak namun tidak mendapat sebarang maklum balas dan jawapan yang positif dan tidak dilayan. Adakah surat-surat saya tidak diterima oleh penerima yang sebenar atau tidak dibaca langsung oleh penerima yang saya tujukan atau adakah surat dan rayuan saya itu tidak memberi kesan kepada mereka kerana saya bukan dari golongan ternama, kroni atau bangsawan bagi mereka. tTuhan saja yang tahu perkara ini.
Menyedari keadaan ini menyebabkan saya rasa amat kecewa, menderita dan hilang tempat mengadu. Rasanya saya lebih rela dihukum mati daripada menanggung penderitaan ini. Kesempitan hidup yang saya lalui ini turut dirasai anak saya di IPTA yang mula meluahkan hasrat untuk berhenti dari belajar dan mencari kerja untuk teruskan hidup. Walaupun dia terpaksa 'survive and struggle' untuk berjaya mendapatkan tempat di IPTA.
Surat dari JPA yang menyatakan dukacita tidak dapat dipertimbangkan permohonan dan rayuan saya itu sungguh membuatkan saya rasa teramat gerun dan teramat kecewa dan menderita. Alasannya mudah; akta yang digunapakai tidak membenarkannya.
Saya bukanlah cendekiawan ulung, namun bagi saya akta hanyalah ciptaan dan ditulis oleh manusia sahaja dan kandungannya boleh digubal dan akta juga bukanlah isi kandungan al-Quran yang sememangnya tidak boleh diubah oleh sesiapa pun di dunia ini termasuk rasulullah sendiri. Disebabkan akta, saya percaya ramai orang boleh menderita seperti saya dan disebabkan akta jugalah manusia boleh jadi gila. Jika nak diikutkan akta, apabila suami saya mati, si isteri juga mesti mati. Kejadian ini saling tak tumpah seperti zaman purbakala di India.
Bagi pendapat saya segala ciptaan dan tulisan manusia boleh diubah demi kebaikan manusia sejagat, dan satu-satunya perkara yang tidak boleh diubah adalah isi kandungan al-Quran sahaja kerana itulah ciptaan Allah buat hambaNya.
Kini, timbul sedikit penyesalan bagi saya kerana berkahwin dengan golongan pesara yang mana saya tidak ketahui mengenai kewujudan akta ciptaan manusia itu. Malang lagi nasib saya kerana banyak yang telah saya korbankan; habis masa muda saya dan penuh dengan rasa kasihan demi seorang pesara, pengorbanan saya membuat saya terkorban. Kini, walau saya menangis air mata darah sekalipun, masa tetap tidak akan berpatah balik lagi.
Melalui kesusahan dan penderitaan yang saya alami ini saya dapat merasakan roh arwah suami saya tidak tenteram kerana air mata penderitaan saya sentiasa mengalir tanpa hentinya hingga hari ini.
Tidak terfikirkah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk mengubah aktanya bagi golongan balu malang seperti saya ini yang bergantung hanya kepada pencen tanpa sumber pendapatan yang lain? kini saya telah kalah teruk dalam permainan ini atau dalam bahasa lainnya 'game over'(G.O).
Justeru itu, saya memohon kepada JPA untuk mengkaji semula atas segala rayuan saya untuk mendapat pencen arwah suami saya itu. Cubalah fikir sebaik-baiknya jika sekiranya penulis arahan dan pencipta akta itu di tempat saya, apakah perasaan mereka? Mereka juga akan berperasaan seperti saya dan tentunya akan bertindak mungkin juga jauh lebih agresif dari saya. Pencen arwah suami saya dihentikan selaras dengan akta tulisan dan ciptaan manusia. Bagaimana pula kehidupan saya dan anak seterusnya? Mengikut hukum syarak, berdosa besar bagi mana-mana pemimpin yang membiarkan kami menderita sedangkan kami ada hak untuk menuntut pencen itu.
Persoalannya, bagaimana pula tentang pengobanan suami saya semasa hayatnya? Pencen adalah sumbangan kerajaan kepada pesara dan apabila meninggalnya si pesara itu, maka warisnya yang susah berhak mewarisi pencen tersebut. Jasa arwah sepatutnya dikenang sepertimana kata-kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman, mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dalam satu ucapannya yang dipetik dari sebuah buku yang bertajuk '50 Tahun Meniti Puncak' yang bunyinya seakan-akan begini, "seseorang yang pernah berjasa kepada negara patut dikenang jasanya lebih-lebih lagi perkhidmatannya semasa dan sebelum perang dunia". Butir-butir ucapannya mungkin bukanlah terlalu sama seperti itutetapi membawa maksud yang serupa. Tapi, apa daya saya, seorang insan kerdil lagi teraniaya, keadaan saya amat mendukacitakan yang mana pencen dihentikan tika dan saat saya amat memerlukan.
Sekali lagi timbul persoalan pada saya kenapa saya mengalami masalah ini di saat kerajaan menguar-uarkan slogan yang menarik perhatian rakyat yakni "1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" dan mengatakan bahawa tiada seorang rakyat pun yang akan terpinggir. Tetapi, nampaknya sayalah orang pertama yang sudahpun terpinggir di bumi sendiri kerana tiada pembelaan, tidak dapat membela diri dan tiada rasa belas kasihan oleh pihak berwajib mengenai masalah dan tuntutan saya. Dan sekali lagi saya tertanya-tanya, rakyat macam manakah yang 'didahulukan'?
Kini saya terasa bagaikan ditambat, diikat tangan dan kaki dan disebat dengan cemeti-oh, betapa sakitnya! Mengharungi pelbagai liku, ranjau dan duri membuatkan saya terasa amat gerun sekali memandangkan sewa rumah tertunggak, begitu juga dengan bil-bil. Anak yang masih belajar juga tidak dapat saya beri wang saku lagi. Andai kata saya terpaksa pindah rumah sekalipun, hal itu juga memerlukan duit dan apa yang menyedihkan adalah jika saya ditakdirkan berpindah, rumah yang bakal didiami juga adalah rumah sewa juga. Bagaimana pula dengan bantuan perubatan? Selama ini kami hanya bergantung kepada status arwah sebagai pesara untuk mendapatkan rawatan.
Saya bukannya hendak menongkat langit dengan wang pencen tersebut, saya rela sekiranya diberi pencen bersyarat andaikata anak saya dah bekerja selepas tamat pengajian nanti. Pada masa itu, pihak JPA berhak mengambil semula pencen itu. Saya tidak rela anak saya untuk berhenti belajar hanya disebabkan akta ciptaan manusia itu manakala jika itu adalah akta al-Quran, maka saya reda dan terima hakikatnya. Kerajaan boleh menarik banyak lagi sumber lain tetapi bukan pencen suami saya.
Setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanya khabar, memberi perhatian mahupun pertolongan jauh sekali membantu diri ini.
Kini, setiap saat berlalu saya rasa bagaikan mati, setiap ruang di hati ini tidak ada lagi ketenangan dan betapa menderitanya saya tika dan saat ini.
Pemergian suami saya buat selama-lamanya amat memberi kesan dan tamparan hebat buat saya, tidak terhingga penderitaan yang saya tanggung ini, tambahan pula saya terpaksa harunginya seorang diri kerana saya tiada sesiapa lagi, ibubapa saya telah lama kembali ke rahmatullah.
Akhir sekali, saya menyeru kepada golongan wanita yang mengalami nasib seperti saya, tampillah tidak kira berapa ramai sekalipun walaupun ianya tetap tidak memberi kesan kepada golongan tertentu. Dan ambillah langkah pengajaran dan iktibar dari mimpi ngeri yang saya alami ini. Bukan mudah jadi balu, lebih-lebih lagi ada anak yang masih dalam jagaan.
Dan ingatlah, harta yang banyak dan pangkat yang tinggi tidak bererti jika tidak diberkati Allah.
Harakahdaily.net/-

5 ulasan:
sertakan sekali butir lengkap penulis tersebut.. moga2 tindakan segera dpt dibuat.
Ini di antara beribu masalah yang dihadapi oleh rakyat marhain. Kemiskinan masih menyelubungi penghidupan. Tidak ada perlindungan untuk meneruskan kehidupan yang selesa kerana kegagalan merancang semasa umur masih muda, semasa sihat sebelum sakit. Apa-apapun yang telah berlaku perlu kepada tindakan daripada masyarakat ...seluruhnya. Yang kaya raya perlu melihat akan keperihan hidup yang dialami oleh gulungan yang tidak bernasib baik. Kekayaan yang dimiliki bukan hak mutlak peribadi. Semuanya akan jadi bahan hujjah diakhirat nanti terhadap nikmat yang telah diberikan semasa hidup...kemana kamu belanjakan? Mahukah Dato' Seri/Dato/ Datin Seri/Puan Seri Tuan Puan menghulurkan bantuan?
YB. Kalau orang yang ingin membatu, kemana bantuan harus dihulurkan?
Betul ke pencen terputus setelah kematian suami?
Rasanya tak kot, ataupun suami dah pencen 20 tahun dah sebelum meninggal tak tahu lah. Harap ada yang dapat beri info sebenar mengenai pencen
Sepatutnya balu akan dapat pencen.Ini mesti ada yg tak kena, mungkin tak ada surat nikah atau lain-lain masaalah.
Puan,
Sila rujuk Biro Bantuan Guaman, isyallah percuma, mereka lebih arif dengan undang-undang.Mungkin membantu. Usah diharapkan kepada 1Malayisa.
Catat Ulasan