11 Mac 2010

PEMIMPIN UMNO PERLU KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM

24 Rabiulawal 1431H
Email : mohd hafez sabri

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang perjuangannya semata-mata politik berasaskan perkauman yang sempit seperti yang diamalkan mereka selama ini.

Menurut beliau UMNO tidak terkecuali daripada kesesatan itu maka pemimpin UMNO hendaklah bertaubat dan kembali menerima perjuangan yang berasaskan kepada Islam.

Menurut beliau Umat Islam yang mengambil perjuangan politik berasaskan sekularisma seperti yang diamalkan UMNO adalah sesat disisi Islam dan mereka perlu bertaubat dan kembali kepada asas-asas perjuangan Islam yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Beliau menjelaskan lagi untuk tahu perjuangan itu betul atau salah, umat Islam hendaklah merujuk perjuangan masing-masing berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Memetik kata-kata beliau, ” jika merujuk semula kepada al quran, sunnah dan sirah perjuangan para Anbiya’, perjuangan UMNO jelas bertentangan dengan perjuangan yang dibawa para anbiya’, ini kerana UMNO tidak meletakkan al quran sunnah sebagi rujukan utama bagi memandu perjuangan mereka ”.

Menurut beliau lagi UMNO membawa fahaman bahawa nak ikut Islam hanya dalam perkara sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Dalam bab politik dan undang-undang tak nak ikut Islam . Inilah pemikiran sesat, berhala baru yang terkeluar dari ajaran Islam.

Tambah Ustaz Abu Bakar lagi, bagi memelihara keteguhan keimanan umat Islam mereka perlulah bersama-sama perjuangan PAS, hal ini kerana PAS adalah parti yang konsisten memperjuangan Islam sejak dari zaman penubuhannya lagi.

Selain itu beliau juga menyeru supaya rakyat sering menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan pada setiap masa smada di surau, masjid atau dimana tempat-tempat pengajian bagi menambahkan kefahaman mereka terhadap Islam.

”Jika kita mahu mencari kebenaran maka selulah kita menghadiri majlis ilmu, zaman ini perkara yang merosakkan keimanan banyak. Kalau kita tak ada ilmu maka ia akan menjerumuskan diri kita kepada kejahilan.

” Kita juga perlu sentiasa beringat bahawa hidayah datang dengan dua cara, pertama melalui pengajian ilmu seperti kuliah, ceramah dan lain-lain. Dah dapat ilmu belum tentu lagi maka kena cari hidayah yang kedua dengan berdoa kepada Allah SWT minta petunjuk,” katanya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam dari dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi,

Y.Bhg Ustaz, penyataan Ustaz dlm entry ni amat menarik. Walaupun aku dok dlm Gua, tapi aku pi jugak mengundi. Pd GE12 yg lalu, ADUN aku bagi kat YBHj Husin-Selinsing. Manakala MP aku bagi kat Dato Zaili. Ini soal pegangan kita, aku pilih calon. Bukan Parti!. Sebab itu teori letak jawatan, jika kuar parti, aku tolak! Aku lebih kenal & yakin pd calon. Ada org berkata, pilih ikut Parti, kerana ianyalah yg akan tentukan siapa yg memerintah. Bagi aku, tidak! Aku tak kisah front mana yg perintah negara ni. Sebab masing2 ada kelayakan & kebijaksanaan. Selagi negara dibawa kearah & punya potensi utk kesejahteraan rakyat serta tidak lari dari teras Ugama & Bangsa, aku sokong. Jika calon yg kita pilih, bersandarkan keyakinan & kita benar2 kenal dan tentu ianya seorang yg baik, maka, segala dasar negara jugak akan menjadi sepertinya. Jika kita pilih calon semata-mata kerana ianya diletakkan olih parti, maka terjadilah perkara2 yg dah terjadi hari ini. Ustaz, teori aku menjadi pd GE12 yg lepas. YBHj Husin, menang, dan dia menepati apa yg aku harapkan. Begitu jugak, Dato Zaili, walaupun tewas, lebih bersemangat aku nampak dia bekerja. Lain pulak halnya, klu pilih ikut Parti. Jadilah seperti apa yg terjadi pd MP kita yg menang dari PKR. Calon yg memang ramai tak kenal. Ingatlah, keyakinan terhadap individu lebih utuh klu nak dibandingkan dgn Parti. Memang benar raungan puak2 kulaan kita, YBMohsin adalah di kira mengkhianati pengundi. Tetapi meletakkan kesalahan diri kita pada org lain adalah satu kerendahan maruah diri. Bertempik, berceramah dgn slogan2 mempersalahkan UMNO dlm hal ini adalah tektik murahan. Satu teknik pemesongan fikiran yg keji. Dlm kata mudah, satu penipuan!

UMNO, sebuah organisasi yg jugak mengamal teknik diatas. Bezanya, mereka mempunyai pengimbang, iaitu pemerintahan. Mereka punya kedaulatan & seribu satu alasan serta berupaya synchronize kan teknik yg digunakan itu dgn hasil yg dicapai. Mereka mampu menghasilkan bukti. Manakala kita, apakah hanya cukup sekadar penerangan demi penerangan, tanpa bukti dimata ditambah dgn cara umpat keji terhadap pihak lawan. Sehingga ada dikalangan grassroot yg melekat dihatinya, hanya kita yg benar & betul, org lain sumanya tidak! Jika kita kata BTN adalah onar. Apa beza dgn siri ceramah kita. Jika kita katakan kita ikut Islam sebenar. UMNO jugak mengatakan yg serupa. Jika kita yakin dgn pegangan kita. Org lain juga, serupa.

Consistency pada PAS, sejak akhir2 ramai yg semakin meraguinya. Perubahan permukaan dasar negara Islam yg melekat pd PAS sejak asalnya mula dilihat tertanggal satu demi satu. Teknik utk berkuasa dgn mengenepikan dasar sendiri, amat mengelirukan. Mana mungkin PAS dpt merealisasikan matlamat dasar Islam di negara ini sekiranya dpt memerintah bersama DAP. Dua organisasi yg punya pengaruh, tapi berlainan ideologi yg amat penting iaitu soal Ugama & Bangsa.

Perlembagaan negara amat jelas tidak menyebelahi sasaran DAP. Mereka tidak mampu memerintah dgn perlembagaan yg sedia ada. Aku tak mengatakan, DAP itu tidak baik. Itu bukan soalnya. Soal nya ialah bagaimana DAP nak menyelaraskan teras dasar mereka dgn segala bentuk kekangan yg termaktup pd perlembagaan.

PKR, sebuah badan yg di tubuhkan atas dasar yg tidak kukuh dan mengelirukan. Apalah harapan yg dpt kita sandarkan.

Jin aku menyampuk; " Ketamakkan, kerakusan, ketaksuban, kesombongan dan ketidapedulian pimpinan sesebuah organisasi, menghakis demokrasi, melambai monarki!"