27 Mac 2010

Sudah kena pecat baru nak repot polis.

11 Rabiul awal 1413H.
Oleh: WFAUZDIN NS

BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar. Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan. Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi. Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis. Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut? Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas. Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?/wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah kalau dah melibatkan diri dlm kancah politik mcm mana lurus pun seseorang itu dia mesti
melencong mcm jalan raya juga ada simpang kiri dan kanan dan ada selekoh, selekoh tajam dll. Kecuali politik di zaman Rasulullah saw dan para sahabat, para tabi'in kerana Roh Islam mereka menyelubungi dan mengalir dlm darah mereka dan dengan keimanan yg mantap!

Tanpa Nama berkata...

TAK BOLEH PAKAI LAH SI YB ZUL BDR BARU KULIM..HABIS LAH LU ZUL NEXT PRU KE 13.LEPAS NI BALIK LE JADI PEGUAM..AKU RASA TAK DE SAPA NAK AMBIL DIA NI..CAKAP MERAPU... DIA INGAT DIA BAGUS ORG KENAL DIA SERATA M'SIA...TAPI DIA ORG KENAL SB CAKAP MERAPU.... TAK BIJAK BETUL LAH SI ZUL NI....

Tanpa Nama berkata...

YB Zul ni masa dok dlm pas pun kena tendang keluaq. Masuk PKR pun kena tindakan disiplin. Cakap merapu je...nama je peguam. Tak leh pakai punya peguam. Mcm langau. Dok bising tak tentu fasal...Alih-alih...kiri dan kanan dia balun. Sedaq le YB Zul wei..jangan jadi bhn sumpah seranah org. K....

Tanpa Nama berkata...

Di suatu masa dahulu saya sanjung YB Zul ni, sebab dia memperjuangkan isu murtad.

Kena tendang dari Pas? Betulkah cerita ini.

Tanpa Nama berkata...

baso jenih ore ado akal tp x panda guno..puok2 nerako wel la seksok mu zulkifli nordin...munafik

Tanpa Nama berkata...

sabarla..jangan ulas sesedap rasa..jgn trus label YB ni mcm2..die takde pnglmn sepak terajang dlm politik..YB masih baru.. saye bukan nak bela YB, tapi saye takut kite 'hukum' org yg salah..

Tanpa Nama berkata...

saya komen bukan krn ikut hati,ttp jelas segala dari percakapannya & perbuatannya..x sama,inikah pemimpin yg menjadi harapan rakyat.klu betul dia benar..DEBAT..tp penakutttttt..