26 April 2010

BN Menang Parlimen Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti lebih besar iaitu 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008lalu.

BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada pukul 9.15 malam ini di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.mStar/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita terima kekalahan...tapi b and tak terima kekalahan,kalau kalah macam jadi di perak sekarang ni.RAMPAS...........
ingat menjadi iktibar kepada PKR .jangan cari calon yang macam dahulu.sudah menang lompat jadi bebas,lepas tu sokong B and.INGAT YB yang sudah diberi mandat daripada rakyat jangan lompat.. .
dan parti pakatan rakyat mesti mencari wakil rakyat yang akan datang bersih dari masaalah serta ada pendidikan tak kira apa jenis pendidikan yang penting sekurang2nya ada dipeloma.

Tanpa Nama berkata...

hanya undi bn yang bertambah.Undi pr tak merosot pun

Tanpa Nama berkata...

pr pun menang jugak.undi tak kurang pun

Tanpa Nama berkata...

Tragedi IJOK berulang semula..

Tanpa Nama berkata...

Keadaan pasti berubah jika calon PAS yang bertanding. Pada masa akan datang PAS perlu lebih demanding dalam soal pemilihan calon. Ramai pengundi atas pagar/Melayu tidak suka dengan Zaid. PAS/PR perlu ambil iktibar dari kekalahan ini.

Tanpa Nama berkata...

bersabarlah wahai shbt2...
ad hikmah di sblk kklhn ini..
insyaAllah kebenaran akan tertegak jua...amin

Tanpa Nama berkata...

kelihatan trend mengundi di kawasan luar bandar masih lagi memihak kepada kerajaan BN.seperti di Manek Urai,merosotnya bilangan undi begitu ketara.projek mee segera mungkin itu salah satu tarikan kempen hebat dari Bn.selain serangan peribadi Zahid yg kononnyer meminum arak juga antara faktor yg tidak boleh dinafikan.
untuk masa akan datang,pilihlah calon yg datang dari pucuk kepimpinan akar umbi,bukan dari pasang siap...

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudah lah tu...