07 April 2010

Gambar di Hospital 6 April.

Anak kecil comel ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan saya, ibu bapanya datang bertandang kelmarin untuk bertanya khabar keadaan kesihatan saya.

TAIPING, 6 April ;- Hari ke 3 berada di wad 97 Hospital Columbia Asia Taping terus diwarnai oleh kunjungan dari saudara dan rakan seperjuangan dari pagi sehinggalah pelawat terakhir pada jam 12.00 malam tadi. namun pihak pengurusan meminta izin dulu dari saya untuk membenarkan mereka naik ke wad, tamu mana boleh saya tolak.

Sesetengah yang datang bersama dengan kamera masing-masing dan juga mahu bergambar walaupun dirakam dengan talifon yang serba canggih sekarang ini. Lalu saya tidak lepaskan peluang untuk meminta mereka mengambil gambar dengan kamera cina Islam bagi koleksi blog ini.

Antara ADUN Pakatan Rakyat yang datang kelmarin ialah YB. Ab. Yunus Jamhari (Kuala Kurau), YB. Khesvinder Singh (Malim Nawar), YB. Tai Sing Eng(Kuala Sepetang). YDP PAS yang berkunjung kelmarin ialah Ust. Misbahul Munir (YDP PAS Bagan Datoh) yang juga Setiausaha PAS Perak, dan Sdr. Abdul Rahim Nordin (YDP PAS Tapah).

ADUN Kuala Kurau di temani oleh Ketua Cabang PKR Bagan Serai, Sdr. Mohd. Nasib.

Selain itu kunjungan dari para blogger dan peminat blog cina islam sekitar Taiping menceriakan lagi suasana di wad 97. Saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rombongan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang diketuai oleh Ketuanya, Ustazah Zabariah. Terima kasih juga dengan bingkisan buah-buahan yang dibawa. Kunjungan itu lebih bermakna kerana pada masa yang sama Isteri tercinta berada bersama untuk melayan tetamu muslimah yang datang.

Hari ini saya dibenarkan keluar wad dan jamnya saya tidak pasti lagi. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan baru setelah ujian ini untuk berkerja lebih keras lagi bagi memenuhi agenda perjuangan yang belum selesai.

Bersyukur kepada Allah, Terima kasih kepada semua, jumpa di medan jihad....


ADUN Kuala Kurau dan ketua Cabang PKR Bagan Serai

Ust. Misabah ditemani oleh penolongnya Sdr. Ismad dan Sdr. Zairul.

ADUN Malim Nawar, YB. Khesviner Singh.

Rombongan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar.

ADUN Kuala Sepetang, YB. Tai Sing Eng.

YDP PAS Tapah(tengah) dan Blogger Alhusseyn.

Timbalan YDP Beruas, Hj. Nazir salah seorang dari OKT di Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009 menunjukkan sesuatu dokumen dalam kesempatan ziarahnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada sebuah hadis yg sya bca...drp nabi SAW,baginda bersabda,ketika seorg hamba skit,allah mengutuskan dua malaikat kpdnya,seraya bkata,lihatlah kalian apa kata hambaku,jika dia bkata,ALHAMDULILLAH,maka diberitahukan kpd ALLAH,dia lebih tahu,laluberkata,aku berjanji untuk hambaku.jika ku matikannya kumasukkan dia kesyurga.danjika aku menyembuhnya,ku gantikan dia daging yg lbih baik drp dagingnya serta darah yg lbih baik drp darahnya.dan aku hapuskan pula keburukkannya,