21 April 2010

Hisham menggelabah, nafi gambar minum arak dan bogel.

6 Jamadil Awal 1431H.

Rentetan dari tindakan terdesak BN berkempen dengan memburukkan calon Pakatan Rakyat kini sampai pula giliran pemimpin UMNO menjawab gambar mereka yang tersebar dalam internet.

Kelmarin Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa gambar bertindih dia dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Hishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.

"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.

"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.

Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.

Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.

"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dua tiga tahun dulu dalam perbicaraan kes percerain kakak hishamuddin ada terlibat cerita minum arak tegar dalam keluarga beliau,entah ke tidak tak tau lah

Anti UBN berkata...

Paku dulang paku serpih, mengata orang UMNO yang lebih-lebih beb...Tangan kanan yang mencincang maka bahu kanan yang terpaksa memikul

Tanpa Nama berkata...

Kalau gambar Zaid mungkin bertindan... sebab ada bukti, tapi kalau gambar anak perempuan Hussein Onn yang jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri dikatakan bertindan ..... aku tak berapa percaya

HPH berkata...

Kita serah pada allah sahaja yang menentukannya

Parit.com berkata...

1 malaysia,rakyat dibangangkan,pencapaian di yahudikan!

Tanpa Nama berkata...

tahniah zaid, berani mengaku dan bertaubat

Tanpa Nama berkata...

pemimpin UMNO masih minum lagi agaknya sebab tu tak mahu mengaku dan bertaubat

Tanpa Nama berkata...

takkan budaya UMNO arak didahulukan dan yahudi diutamakan....

Tanpa Nama berkata...

bila lagi UMNO nak utamakan umat islam dan hukum islam,

xeder berkata...

POLITIKUS,,,,

xeder berkata...

PERGH GANAS2

Tanpa Nama berkata...

wahai melayu! janganlah harapkan umno nak jaga Islam dan Melayu, sebab pemimpin umno ni diibaratkan karung jerlus, lebih baik mereka penuhkan (walau pun ianya tak akan penuh sampai malaikat menyentap roh dari jasad mereka)tembolok, kerongkong, perut, poket dan uncang-uncang mereka.

Tanpa Nama berkata...

UMNO penyamun wang rakyat, anggap wang mak bapak dia punya

Tanpa Nama berkata...

apa kena keselamatan dengan arah pasukan PDRM dan JPJ maksimumkan saman kepada rakyat untuk kutip wang macam along

Tanpa Nama berkata...

selaunya wang kopi sekarang dah jadi wang arak pula UMNO-APCO