15 Mei 2010

4 ADUN PKR, DAP nafi lompat parti

29 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Tiga exco Kedah dari PKR dan seorang ADUN DAP, yang dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Pakatan Rakyat, menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka akan melompat parti.

Tiga exco PKR itu ialah S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Sebaliknya, mereka menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Beratus kali saya telah katakan, saya selesa dengan pentadbiran negeri Kedah dan (dengan) parti saya. Tidak ada tekanan dan kekangan.

"(Jadi) kenapa perlu saya keluar dari Pakatan Rakyat," kata S Manikumar yang memegang portfolio pelancongan, hal ehwal masyarakat India dan Siam sejak setahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Manikumar berkata, beliau tidak putus-putus mendengar desas desus bahawa beliau akan melompat dari Pakatan.

Bahkan, katanya, beliau sudah 'mangli' dengan tindak tanduk pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab melemparkan tohmahan tersebut.

"Saya menasihatkan mereka ini agar menghentikan perkara karut ini. Jadilah bangsa yang bertamadun," katanya.

Manikumar juga berkata beliau bersedia menghadiri ceramah bertajuk "DUN Kedah Bubar?" anjuran PAS negeri itu pada 22 Mei ini, bagi menjelaskan pendiriannya kepada rakyat berhubung dakwaan tersebut.

Mengulas lanjut, Manikumar berkata beliau masih belum mendapat makluman berhubung ceramah tersebut tetapi bersedia untuk menghadirinya.

Seorang lagi rakan exconya, Chow Kang turut menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya tak lompat... saya tak lari. Saya tetap dengan Pakatan. Saya tak lompat punya. Saya berpegang dengan politik yang selari dengan pantadbiran sekarang," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Tan yang memegang portfolio exco alam sekitar dan hal ehwal masyarakat Cina, meminta rakyat jangan meragui pendirian politiknya.

Mengulas mengenai jemputan PAS Kedah untuk menghadiri ceramah pada 22 Mei ini, Tan berkata beliau juga belum menerima jemputan atau dimaklumkan mengenainya.

Setakat ini, katanya, beliau belum membuat keputusan untuk sama ada memenuhi jemputan tersebut ataupun sebaliknya.

Sementara Soo Nee yang juga exco perdagangan dalam negeri & hal ehwal pengguna, perpaduan, dan pengurusan alam sekitar, kesal timbulnya dakwaan bahawa beliau akan melompat parti sejak beliau memegang jawatan tersebut.

Beliau mendakwa BN tidak mempunyai isu sehingga mengulangi cerita tersebut yang disifatkannya sebagai "cerita lama" dan "hanya memanaskan nasi yang telah sejuk".

"Lagi kita jawab, lagi mereka seronok. Bagi saya, lebih baik kita jangan jawab," katanya sambil menambah bahawa pendiriannya tetap bersama Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk menghadiri ceramah pada 22 Mei ini bagi menyatakan pendiriannya itu.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini Guan Aik berkata cerita tersebut telah berlarutan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, ia tidak benar dan sebenarnya DAP berdiri teguh menyokong kerajaan Pakatan Kedah yang ditunjangi oleh PAS.

Sebaliknya, beliau berkata, khabar angin sengaja disebarkan untuk mewujudkan rasa tidak yakin rakyat terhadap kerajaan negeri.

Guan Aik juga menyatakan kesediaannya untuk menghadiri ceramah anjuran PAS negeri pada 22 Mei ini untuk menjelaskan pendiriannya itu.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kedah akan jadi PERAK KEDUA..dlm masa terdekat. PR di Kedah semakin lemah, perakuan diatas tidak akan mampu berhadapan dgn strategi dan taktik BN. Kalau mereka ADUN PAS insAllah, tetapi kalau dari PKR dan DAP 40 peratus sahaja boleh di percaya.

Tanpa Nama berkata...

anwar ibrahim kena ambil pengajaran dr adun lompat nee .. nee lee bukti parti kaadilan tidak ada calon yg layak jd yb .. kalau mcm nee anwar.. bg jee tepat calon keadialn yg lompat parti 2 pada PAS.. pd pru 13 nanti.. jgn nk berebut nk letak.. calon yg x ada maruh.. 2 jgk.

Tanpa Nama berkata...

bawaha aku ali berkata ;; SETAKAT NI KALOada kabar angin adun atau mp pkr dan dap nak kuar..mmg diorg akan kuar...apalah pas...tak pandai politik lgsung..

Usmad berkata...

Biar mereka lompat, biar kita jatuh tapi perjuangan tetap kena teruskan. kerana kita berjuang bukan kerana kemenangan tetapi kerana ia suatu kewajiban