15 Mei 2010

Jenazah Ashaari selamat dikembumi

29 Jamadil Awal 1431 H

Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Malaysiakini/-

13 ulasan:

karawilak berkata...

semoga allah mencucuri rahmatnya,al-fatihah.

Tanpa Nama berkata...

Dari Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali

ainhany berkata...

alfatihah

salam taziah

PEMUDA ISLAM DR TIMUR berkata...

SALAM,
SEMOGA ROH ARWAH MENDAPAT KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH SWT.
SYKT GLOBAL IKHWAN/RUFAQA TELAH KEHILANGAN PEMIMPIN BESAR MEREKA YG DIRAMALKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA SLPS DR MAHATHIR & GHAFAR BABA(BAKAL PM MALAYSIA KE-6)...ALLAH YG MAHA BESAR TELAH MENUNJUKKAN JADUAL NYA YG SEBENAR, BERBEZA DGN 'JADUAL ALLAH' DAKWAAN AL-ARQAM/RUFAQA'/GLOBAL IKHWAN...
DIHARAP AHLI2 AL ARQAM/RUFAQA/GLOBAL IKHWAN KEMBALI KE JALAN YG BENAR, BERSAMA2 DGN PERJUANGAN ASAL USTAZ ASHAARI MUHAMMAD IAITU MENJADI AHLI @ SEKURANG2NYA MENYOKONG PARTI ALLAH/ISLAM SE-MALAYSIA YG DI PIMPIN OLEH ULAMA2 PAS YG BERSAUDARAKAN PARTI2 ALLAH/ISLAM NEGARA LAIN = HAMAS PALESTIN, PARTI ISLAM REFAH TURKI DLL-(SYUKUR SKRG PARTI2 ISLAM INI TELAH DIBERI KEMENANGAN OLEH ALLAH DI GAZA,PALESTIN & TURKI)-YG MENGGUNAPAKAI ALQURAN & SUNNAH...YG DINYATAKAN DLM AL-QURAN SBG GOLONGAN YG BERJIHAD SAMPAI HARI KIAMAT.
KPD2 PEMIMPIN2 & AHLI2 PAS, DIHARAP DPT BERUSAHA MENDEKATI AHLI2 RUFAQA'/GLOBAL IKHWAN YG TELAH KEHILANGAN PEMIMPIN MEREKA INI AGAR DPT DI PIMPIN KE ARAH PERJUANGAN ISLAM YG SEBENAR HANYA BG MENGHARAP REDHA ALLAH INSYA'ALLAH, AMIN YA RABBAL ALAMEEN

Tanpa Nama berkata...

Jadi, siapa yg akan jadi pembantu Imam
Mahdi?

Tanpa Nama berkata...

pemuda islam dri timur...

anta baca hadis x...janji tuhan pasti berlaku..abuya hanya kehilangan jasad shj..tp roh nye terus hidup dan lg aktif kerana tidak terikat dgn jasadnya...mmbantu mmercepatkn kebangkitan islam utk berlaku di sebalik tabir bersame2 imam mahdi yg dighaibkan ALLAH...dan bila sampai waktunya ALLAH akn zahirkan semula...

Unknown berkata...

Semoga akidahnya semasa meninggal x sesat...Kita berharap Ahli2 Arqam/rufaqa/ikhwan yang kononnya adalah tentera Imam Mahdi memperalatkan anak2 jual roti CD buku kepada org islam lain yg mereka anggap sesat..supaya insaf..tinggalkan aurat muhammadiaah yang terbukti sesat...Kembalilah kepada AlQuran dan Al sunnah...

en ali berkata...

nampaknya ulasan2 yg diberi kebanyakan ulasan hasil dari dengar2 cerita jer... jauhkanlah dari bersifat demikian... abuya x seperti yg kalian cakapkan... arwah adalah yg paling berjaya dalam banyak2 pemimpin yg ada di dunia ni... kenal dulu baru komen ekk???

Tanpa Nama berkata...

SALAM....

TAK KENAL... MAKA TAK CINTA.
JGN MEMBUAT KOMEN TANPA MENGENALI ARWAH US aSHAARI. SAYA MENGENALINYA WALAU PUN TAK PERNAH AMAL AURAD DAN MASUK ARQAM

Unknown berkata...

Salam en Ali..kita bukan tengok saja...kita baca buku yang ditulis oleh ahli Arqam tajuk Tersungkur di pintu syurga....Kita pon pernah ikut kursus di sungai pencala.....Tuan tahu kenapa Akbar Anang keluar Arqam tahun 80an dulu..semuanya sebab Aurat muhammadiah yg menyimpang dari ajaran islam...
Untuk itu kita ada video bukan main cakap saja...
http://www.youtube.com/watch?v=2J6TF0q4Fsk

Unknown berkata...

Lihat video :

Video 1, Video 2

Ceramah yang disampaikan oleh Mejar Abu Zar di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang. Antara kandungan ceramah :

a) jika ada org-org jemaah yg jatuh sakit, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya pd Allah, sakit yg mcm mana.. jika ok, maka ashaari izinkan.. jika lihat pengikut tu tak cukup kuat utk terima musibah (iman tak kuat), maka ashaari minta Allah turunkan sakit tu separuh jer.. separuh lg beri pd ashaari

b) jika ada org-org jemaah dh sampai ajal, ashaari akan dpt tahu dulu.. ashaari akan tanya Allah, mati tu dlm keadaan baik (husnul khatimah) atau buruk.. jika dlm keadaan baik, maka boleh cabut nyawa.. jika org tu tak sedia lg, maka ashaari minta ajal org tersebut ditangguhkan.. minta Allah cabut nyawa pengikut-pengikut lain yg dah sedia, atau cabut nyawa org-org di luar jemaah.. penceramah juga ada sebut bbrp nama yg dijadikan contoh..

c) bila pengikut ashaari sampai pd sakaratul maut, ashaari akan duduk di sebelah kanan.. maka syaitan tak berani dtg dekat sbb ashaari (org Tuhan) ada di situ

d) dlm kubur, ada lembaga putih (disebutkan 'ruh muqaddas mutiara abuya') duduk sblh mayat pengikut ashaari.. bila malaikat Munkar & Nakir dtg nak bertanya soalan, lembaga tu akan kata : "Ya Munkar, Nakir.. ni anak murid saya.. kalau ada apa-apa tanyalah saya".. jadi malaikat Munkar & Nakir x dpt buat apa-apa pd mayat tersebut sbb ashaari tu 'org Tuhan'

e) ashaari dtg dlm kubur utk anak-anak muridnya, sbb tiada amalan di dunia ni yg boleh menandingi amalan menjadi pengikut yg taat setia pd ashaari (shohibul zaman, pemuda bani tamim).. tiada amalan lain yg lbh hebat & lbh besar ganjarannya drp menjadi pengikut ashaari (PBT).. duduk semajlis dgn ashaari pun lbh hebat pahalanya drp solat 40 thn.. duduk dgn ashaari dlm satu kuliah lbh hebat pahalanya drp tahajjud seumur hidup.. inikan pula jika menjadi pengikut & murid yg setia.. pengikut-pengikut ashaari sama ada bertaraf ikhwan ataupun as-shohib

f) pd hari qiyamat, ashaari tunggu murid-muridnya yg setia utk beri syafaat.. al-Mahdi berdiri di sblh ashaari & turut bg syafaat.. sblh al-Mahdi adalah Rasulullah yg turut memberikan syafaat pd pengikut2 ashaari

Tanpa Nama berkata...

allahhuakbar.....yg boleh memberi syafaat hanya rasullah.....pengikut2 al-arqam taubat la kamu......amalan2 dari para salafusalih itu betul tapi...bile turun pada abuya yang gila kuasa maka iblis akan mendampinginya dan keluar la...fatwa2 khurafat......

Tanpa Nama berkata...

ramai yg kata kembalilah pd quran dan hadis,tp kemungkaran makin menjadi2.sy dulu pun kaki perempuan tp syukur alhmdlh abuya datag pd saat sy mabuk minum arak walaupun waktu itu sy separuh sedar separuh tidak, mengajak utk kembali pd tuhan sblm trlambat.sy diajar ttg tuhan hinggalah kpd cara solat.pengalaman ini berlaku hampir sebulan.sy trhutang budi pd abuya walaupun ia dah pergi...bagi sy abuya seorang yg benar.bukankah semua para nabi dan rasul yg menzahirkan kebenaran dituduh sesat,guna sihir,dsb??..