19 Mei 2010

JUDI BOLA: SOKONG PEMUDA UMNO PARIT

4 Jamadil Akhir 1431 H
http://www.pemudapasperak.com/

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh pendirian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit yang membantah kelulusan Kerajaan Pusat membenarkan perjudian pertandingan bolasepak Piala Dunia tahun ini.

Tetapi DPPN Pk sedih dengan sikap dan pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang tidak membuat pendirian yang sama di dalam isu ini. DPPN Pk melihat seolah-olah Pemuda Umno Perak menyokong judi bolasepak tersebut kerana hanya Pemuda Umno Parit sahaja yang tampil menyatakan bantahan mereka.

DPPN Pk bersedia untuk berkongsi pentas dengan Pemuda Umno Perak membuat sidang media bersama bagi mengzahirkan bantahan terhadap judi bolasepak tersebut. DPPN Pk berharap Pemuda Umno Perak jangan memalukan masyarakat kaum Melayu / Islam di dalam perkara ini. Kita sepatutnya menyokong bersama pendirian Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak di dalam perkara ini dengan kenyataan yang jelas dan berani.

Jika sebaliknya, malang sunggup bagi masyarakat kaum Melayu / Islam bahawa sebuah parti Melayu yang mendakwa menjaga kepentingan umat Islam tidak langsung berani membantah akan perkara tersebut. Jika DAP yang bukan dari majoriti masyarakat Melayu / Islam pun sangguh menghantar memorandum bantahan, amat malang bagi Pemuda Umno Negeri Perak yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama gagal membuat demikian.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..eh pandai pulak judi tu HARAM...selama hari ni ...ko(umNO parit) lah yang menyokongnye
bagus lah tu kalo doh sedo...perangai ...boss korang tuu....bertaubatlah...kutup utara dan selatan pun dah habis cair dok kerana takut azab Allah..dah kat kiamat dah.. nak tunggu apa lagi ..bertaubat...masuk PAS na...Pasti Anda Selamat...Insyaalaah..