17 Mei 2010

Muhyiddin dimalukan selepas cakap besar.

YB. Wong yang baru diumumkan sebagai MP Sibu didampingi isteri dan SU Agung DAP, YAB. Lim Guang Eng.:-Gambar Malaysiakini/-


Terkejut besar bila mendengar kenyataan sombong Timbalan Pendana Menteri yang juga menteri pelajaran hari ini selepas merasmikan sambutan hari Guru.

Muhyiddin dipetik berkata PKR sekarang semacam tanah yang sedang runtuh apabila diminta oleh rakan media mengenai berita pimpinan PKR yang keluar dari parti.

Alhamdulillah kesombongan Muhyiddin yang memperkecilkan rakan dalam Pakatan Rakyat di hadiahkan dengan kekalahan calon BN dalam PRK sibu.

DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi

Dekianlah Muhyiddin yang juga Pengarah PRK Sibu mendapat hadiah istemewa setelah disampai ke tahap yang sangat rendah memperkecilkan Pakatan Rakyat dan kompenannya. Tentunya kekuatan PKR yang diperlekeh oleh Muhyiddin itulah antara penyebab calon BN tumbang di Sibu. Dengan kerja keras semua jentera dalam kompenan PR di serawak iaitu DAP, PKR, PAS dan SNAP maka pada malam ini BN yang sombong itu di tolak di Sibu.

14 ulasan:

mangchikla berkata...

a. Janji juta juta utk gereja sibu.
b. Janji juta juta utk sekolah cina sibu.
c. Janji juta juta utk tebatan banjir.
d. Fauzi Ipoh barat bawak 448 anggota PKR kuar parti.
e. Wee Choo Keong kuar PKR.
f. Sibu bawah BN 28 tahun.

Isk... pesal kalah nih? tolak untung btoi org sibu...

Part Timer berkata...

Puas hati...Cakap besar. Hanya BN yang mampu jamin masa depan rakyat konon...Depa ingat semua orang bodoh mcm JKKKKKKKKK agaknya..

pak malau berkata...

Pengundi Sibu lebih tahu politik dibandingkan dengan Melayu FELDA diHulu Selangor.Bukan Najib tak curah wang diSibu tapi pengundi Sibu tak makan kelentong BN.Amat memalukan umat,kaum Cina mahukan perubahan senario politik diMalaysia tapi Umnoputra masih senang dikelentong dan ditipu pemimpin-pemimpin UMNO yang korap,zalim dan menolak hukum Allah.Kepada Melayu Felda Hulu Selangor BN sudah beri hadiah - meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia.Terimalah hadiah itu diakhirat kelak kerana kamu semua subahat.

mantaro berkata...

Jika Big Mama tonton badminton kita kalah!Jika Big Mama Kempen PRK banyak kali BN Kalah.Dengar cerita para guru undi DAP di Sibu.

Tanpa Nama berkata...

bertambah sembab la muka muhyidin nak pikir macamano tsunami kecil boleh melanda di sarawak... apo lagi nak dikato...jangan sombong yo muhyidin yaasin yo..

Tanpa Nama berkata...

Kesal dengan pengundi Sibu kerana memilih DAP. Inikah balasan yang diberikan penduduk Sibu kepada PM dan isterinya walaupun PM telah menjanjikan wang berjuta-juta kepada mereka. Apalagi penduduk Sibu mahukan daripada PM. Apakah wang RM18 juta masih tidak cukup untuk penduduk Sibu memberi undi kepada PM. Takkan penduduk Sibu mahukan PM berikan jumlah wang yang sama dengan penduduk Hulu Selangor baru-baru ini, bankrap lah kerajaan. Tak mungkin masalah banjir sebab usaha keras kerajaan selama 30 tahun telah mula menampakkan hasil utk atasi masalah banjir. Entahlah mungkin penduduk Sibu tidak secerdik penduduk Felda Hulu Selangor..

hans berkata...

hahahaha
tu la pasal
adoi
janji benda yang patut rakyat dapat
terima lah kekalahan nih secara terbuka dan cuba buat lebih baik dimasa depan

adam mortaza berkata...

jangan lupa.kenyataan Parti Kian Runtuh tu Mahyudin buat masa majlis sambutan hari guru,kat univ malaysia pahang.berpolitik di IPTA..bodoh tak bertempat punya umno

Tanpa Nama berkata...

DAP menang kerana menentang pemberian lesen judi sukan. SUPP-UMNO-BN kalah kerana menghalalkan judi dengan alasan untuk mengutip cukai dan menggantikan sindiket haram menguruskan judi sukan.

Apa nak kata....dunia ini milik Allah SWT. Dua kedukaan menimpa Pengerusi BN.

Pertama- kempunan untuk memenangi piala thomas dengan dikalahkan oleh cina di depan mata. Ini kerana jika menang, maka gegak gempitalah akhbar memasyurkan kemenangan ini sebagai propaganda politik. Sentuhan wanita kedua tidak dpt mengubah apa2.

Kedua - kekalahan PRK Sibu.

Simpulnya. Baliklah kepangkal jalan. Judi itu Allah telah haramkan kerana mudaratnya lebih banyak daripada manfaat. Gunakan peluang yang ada melalui media massa spt TV, Sekolah, Akhbar untuk menerangkan keburukan aktiviti berjudi. Mesti ada sasaran untuk mengurangkan 'outlet' judi beransur2.

Tanpa Nama berkata...

Kepada 5/16/2010 9:46 AM Tanpa Nama berkata...

HANG TAK TAU KA?..SEJAK SEKIAN LAMA RAKYAT 1MALAYSIA KENA KELENTONG TERMASUK HANG SEKALI.
HANG ADA OTAK...DAH CUKUP CANTIK..CIPTAAN CUKUP SEMPURNA..

MASIH LAGI SANGGUP UTK DIDUNGUKAN BN????

MUNGKIN PENDUDUK SIBU 'TAK SECERDIK WARGA FELDA HULU SELANGOR, TETAPI TIDAKLAH IKUT BODOH MACAM HANG'!!!

WARGA FELDA BUKANNYA CERDIK TETAPI TERLAMPAU CERDIKLAH DEPA UNDU BN HARI TU!

sukamenanti berkata...

Andai Dun Kedah di bubar kan,,,,minta tolong lah pkr jangan mencalonkan diri di kedah. pkr dah terang akan kalah.golongan bawahan dah berkata-kata.
yb...tolong bagitau kat d.s.anwar

azhar berkata...

salam...Buat Be End terimalah keputusan dgn redo , buat Pakatan Rakyat syukurlah...teruskan usaha, peningkatan Sarawak adalah rentetan informasi yang melanda semua orang . Melalui ilmu kita kenal siapa pemerintah yang memerintah , andai kita ikhlas rakyat menyukai , jika kita ada agenda lambat laun diketahui...oleh itu berpegang kepada peraturanNya..Tahniah Pakatan

Tanpa Nama berkata...

Kpd 5/16/2020 3:04 PM TANPA NAMA

Nampaknya tuan tidak memahami sindiran sinis 5/16/2010 9:46 AM Tanpa Nama tersebut. Baca lah betul-betul tentu tuan akan faham maksudnya

Tanpa Nama berkata...

Hi..hi..
"Umngok"(umno) betul la org "Be End"(bn) nie...
Jgnlah sampai jd mata duitan...
Dapat duit je terus kena sokong...
Walaupun "dasar" dah menyusahkan rakyat,
Rakyat skrg terutamanya kaum cina dah semakin celik... tak la macam org Felda tuh...
Hidup Pas...
Pas for all....