02 Jun 2010

Pegawai PTD meninggal ikuti kurus ala komando

18 Jamadil Akhir 1431 H

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.

Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31
bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam memang gila... sejak kebelakangan ni memang bertambah gila. Ada ke patut pegawai yang akan banyak bertugas di dalam pejabat dikerah supaya mempunyai kecergasan seperti atlit.

Pegawai pejabat banyaknya menggunakan otak untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Ini tidak dilatih macam nak pergi berperang, kalau nak pegawai yang memiliki jati diri yang tinggi sekalipun banyak modul latihan yang lebih baik digunakan. Ini masalah pegawai kerajaan Malaysia, asyik-asyik buat perangai 'cut & paste' modul latihan manalah Malaysia nak maju.

samurai68 berkata...

gua setuju, kerajaan bn ni memang bangang sejak 50 tahun lepas hingga sekarang,manusia tu keje sebagai PTD, bukan nak bawak pi perang pun, tak dak akai punya kerajaan BN, yang komando bangang tu pun bukan main nak tunjuk lagak komando le konon, orang awam pompuan pulak tu, pi lanyak macam rekrut, apa le punya bangang engkorang ni, oi mangkuk bodoh yang kononnya komando, lu ajar itu orang macam budak sekolah tadika je, tu yang sesuai, bukan lu pi lanyak sampai mati,

Tanpa Nama berkata...

PTD tulang belakang dlm kerajaan. bkn kerajaan yg tetap kan latihan tu jd sekeras itu. tapi pelatih tu sendiri. dia adalah kawan saya semasa sekolah menengah dulu n agak rapat.. she was a brave woman with big heart. pelatih tu patut consider dia tak sihat n latihan sepatutnya xsekeras itu. rakyat patut buka minda saya yg perlu dipersalahkan. bukannya terus amik yg major utk dipersalahkan. nabi sendiri mengkaji sblm buat keptsn... bak kata org tua2 dulu2..sblm bercakap menganga dl...

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan tanpa nama 4.58 PM berkata demikian, selepas ni kalau ada PTD yang mati ketika latihan, rakyat Malaysia wajar buat tak tahu sahaja sebab itu pilihan pelatih itu sendiri.

iryani berkata...

Saya berpendapat, tak perlu latihan sekeras itu untuk pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan hanya terlibat dalam aspek penggubalan dasar,pengurusan dan pentadbiran. Lainlah jika ingin menjadi komado, polis atau badan beruniform yang memerlukan kekuatan dan ketahanan fizikal yang kuat. Cuba kita lihat di sektor swasta, bangsa lain bekerja begitu hebat sekali tanpa perlu menjalani latihan keras seumpama ini. Cukuplah jika mahu pegawai kerajaan menjadi hebat, dalam masa 8 bulan tu hantarlah mereka ke syarikat2 besar swasta dan bekerja dan bersaing dengan pekerja swasta. Bandingkan dengan pegawai kerajaan tak kita PTD atau tidak sama sahaja dari segi kualiti kerja. Jadi, apa relevannya latihan keras seumpama itu. Cukuplah sekadar melatih tubi dalam pemikiran, cara bercakap, cara buat presentation dan mempercukupkan dalam pengetahuan-pengetahuan terkini dalam menggubal dasar, undang2, pengurusan dan pentadibiran. Banyak lagi cara lain kan? selain cara yang tak sepatutnya....