15 Mei 2010

PELAWA MASUK UMNO: PERSILAKAN MASUK PAS

1 Jamadil Akhir 1431H.
Kenyataan Media (14 Mei 2010)

PELAWA MASUK UMNO: PERSILAKAN MASUK PAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini pula menggesa supaya Ahli Umno Negeri Perak amnya dan juga Ahli Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak khasnya agar membubarkan Umno dan menyertai PAS serta mempelawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut bersama PAS yang jelas berjuang untuk Islam dan rakyat amnya . Umno yang jelas gagal dan dilihat tidak lagi relevan di negeri Perak dan Malaysia amnya kerana politik perkauman yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah ditolak rakyat Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Malah DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan juga ADUN Bebas untuk bersama PAS dan juga Pakatan Rakyat (PR) yang dapat di lihat kini mendapat sambutan hangat di seluruh lapisan masyarakat dan terbukti efisien dan efektif berdasarkan laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Parti Kompenan BN Perak untuk turut serta bersama PAS di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak atau di dalam Parti PR Perak yang ada. Rakyat yang semakin menolak Umno / BN perlu bersama kami demi menegakkan keadilan dan kebajikan untuk rakyat .

DPPN Pk bukan sahaja mempelawa Umno dan BN, bahkan DPPN Pk juga turut mempelawa golongan-golongan belia yang di sisih oleh masyarakat iaitu ‘Mat Rempit’ yang akan turut alu-alukan. DPPN Pk yang menyediakan program khas ‘Orang Muda Geng Kita’ tidak akan menyisih mana-mana kelompok belia untuk bersama kami.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam! kalau tujuan nak maju,bela negara,bangsa,meletakkan agama ditempat sepatutnya,mengharap redho Allah, melindungi keturunan dari murka Allah memang bersama PAS lah wadahnya.Tapi kalau nak puja nafsu,gila dunia,anggap islam adalah penghalang cita2,lupa mati,tak ingat kubur,azab neraka, PAS adalah musuh utama.

Kuda Perang berkata...

Takbir!!
Allahu Akbar!!!

jin guragas berkata...

mampus umNO..

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

JIKA SELAMA INI AHLI PARLIMEN DAN ADUN2 PKR & DAP KELUAR PARTI ATAS SEBAB2 YG SENGAJA DI ADA2KAN...
SEPERTI SEBAB TAK SETUJU DGN PENGGUNAAN NAMA ALLAH, KESAL DGN KEPIMPINAN PKR & PEMBANGKANG ATAS ISU2 YG DI REKA2 DAN ENTAH APA2... MAKA...

DIHARAP SANGAT PAS & HARAKAH DAPAT PULA MENCARI PEMIMPIN2/AHLI2/WAKIL RAKYAT UMNO YG KELUAR DARI UMNO/BE END MCA/MIC/GERAKAN DLL KERANA...

...ISU JUDI HALAL BOLASEPAK PIALA DUNIA 1MALAYSIA YG DI HARAMKAN OLEH AGAMA ISLAM...

CARILAH MEREKA YG KELUAR BE END(JIKA ADA) KERANA TAK BERSETUJU DGN JUDI BOLASEPAK PIALA DUNIA YG MENYEBABKAN MEREKA JUGA MENDAPAT DOSA BESAR/DOSA KERING KERANA TELAH MEMANGKAH UMNO/BE END DLM PILIHANRAYA 2008 DULU.

PERBUATAN MENGHALALKAN JUDI INI MERUPAKAN SATU DOSA BESAR KERANA 'MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT'..MELAWAN HUKUM ALLAH SWT...YG BALANYA NANTI AKAN KENA SEMUA ORG RAKYAT 1MALAYSIA JIKA TAK DI BANTAH.

DI HARAP HARAKAH DAN PAS DPT BERI PENERANGAN HINGGA ADA YG KELUAR DR UMNO/BN TAK KIRALAH SAMA ADA ORG2 ISLAM ATAU BUKAN ISLAM(AHLI MCA/MIC/GERAKAN) YG TAK SETUJU DAN MEMBANTAH JUDI INI...DAN DI LETAK DI MUKA HADAPAN HARAKAH KALAU BOLEH...ISU INI BOLEH DI BAWA SELAMA SEBULAN KRN IANYA BERLANGSUNG SELAMA SEBULAN.

INILAH KERAJAAN 1MALAYSIA 'JUDI DIDAHULUKAN, BALA ALLAH DI NANTIKAN'.

APA KATA YB ZUL KULIM BANDAR BARU TTG JUDI INI???