18 Mei 2010

PRK Sibu: Kenapa BN kalah?

3 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Pena Suasa

Pada pilihan raya umum 2008, peratusan mengundi ialah 67 peratus
Manakala Peratusan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang adalah seperti berikut:

Jumlah pengundi berdaftar sebanyak 54,695 (termasuk 2,537 pengundi pos).
Jumlah yang mengundi: 32,742
Peratusan pengundi: 59.86 peratus

Faktor penurunan peratusan pengundi antara punca kekalahan BN pada pilihan raya kecil kali ini.

Dan satu lagi faktor yg perlu diberi perhatian adalah mengenai isu lesen judi bola sepak yg sedang hangat diperkatakan kini.

Ada kemungkinan kemenangan DAP ini berpunca dari kemarahan masyarakat cina yg menentang judi bola sepak yg baru-baru ini dilesenkan kerajaan.

Bagi masyarakat yg bermoral dan sedar tentang bahaya judi dan kesannya pada diri, keluarga dan masyarakat isu ini sangat memberi kesan pada kehidupan harian.

Menolak BN adalah suatu cara supaya BN menilai semula keputusan meluluskan judi bola sepak dalam negara Malaysia.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Wenger J Khairy berkata...

YB,
BN kalah sebab tiada ruang diberi kepada pemimpin pelapis. Cara berkempen pun dilihat semacam rakyat diwajibkan mengundi BN ataupun menerima bala. Diharap pihak pengurusan akan lebih cendurung melawan pembangakang menggunakan kaedah "gentleman" dari menggunakkan kaedah tidak demokratik kerana ini tidak digemari oleh segelintir penyokong BN tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

Bapa yang suka berjudi, tidak rela tengok anaknya berjudi juga...
Orang tua sudah tahu sendiri bahawa berjudi tidak dapat ditinggalkannya....juga tidak rela tengok orang muda ikut jejak mereka...
tak rela tengok duit rakyat ditelan oleh buaya besar and kunco-kunconya termasuk....pihak yang meluluskan lesen judi

Mungkin satu faktor kekalahan.....