01 Jun 2010

Program Jelajah Pemimpin Perihatin berjaya dekati masyarakat bawahan




PARIT BUNTAR : Saya sentiasa mengalu-alukan program yang diatur untuk bertemu dengan rakyat, demikian antara ucapan yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam Program Jelajah Pemimpin Perihatin yang diadakan Berhampiran dengan Surau Nur Jihad di Cawangan Kg. Perak disini pada 23 Mei yang lepas.

Program tersebut adalah anjuran bersama PAS Kawasan parit Buntar, Majlis Tindakan DUN Titi Serong dan UPU Kg. Perak dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Parit buntar dan pejabat ADUN Titi Serong.

Dalam ucapannya juga Drs. Khalil telah memuji usaha gigih yang dilakukan oleh Qariah Surau Kg. Perak yang telah berjaya mengubah imej surau kepada lebih baik dengan siapnya pembinaan baik pulih surau tersebut.

"Dengan usaha gigih yang dilakukan oleh penduduk kampung tanpa mengenal penat dan lelah akhirnya surau di Kg Perak lebih indah dan ceria dan mencantikkan lagi permandangan disekitar Parit Buntar" Ucap Drs. Khalil.

"Kerana itu sebagai mengahargai usaha itu apalah kira sudinya dengan bantuan dari pelbagai pihak saya telah berjaya untuk menyumbangkan karpet untuk kemudahan para jemaah di surau ini" Kata Drs. Khalil.

Selain Ucapan Perasmian, Program sepetang itu diisi dengan pelbagai kegiatan lain iaitu Penyampaian kepada fakir miskin, Pemeriksaan kesihatan, daftara pemilih baru dan ziarah warga terlantar.

Drs. Khalil dan isteri telah meluangkan masa untuk menziarahi 4 warga telantar di cawangan tersebut. Disamping menyampaikan bantuan, pesakit yang terlibat juga diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Dalam ucapannya juga Drs. Khalil menyeru kepada seluruh penduduk kampung untuk peka kepada isu-isu tempatan dan isu-isu nasional. Beliau juga menjelaskan bahawa Pejabatnya sentiasa terbuka dari hari Isnin hingga Jumaat untuk menerima aduan rakyat.

"Sekadar kemampuan yang ada kita akan sampaikan bantuan dan sumbangan" jelasnya.



Drs. Khalil didampingi oleh naib YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Azhar Shahrin menyerahkan sumbangan karpet kepada Setiausaha Surau Nur Jihad.

Penyampaian sumbangan kepada fakir miskin



Kehadiran menggalakkan dari warga setempat.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapannya.

Pemeriksaan Kesihatan secara percuma.


Kaunter daftar pemilih baru.


1 ulasan:

budak pencen berkata...

Tahniah dan syabas YB diatas keperihatinan YB
terhadap rakyat.Sifat rendah diri YB jelas sekali apabila pada 20.5.10 saya hendak solat asar disebuah Mesjid diKuala Kangsar,melihat YB
sedang bertemu rakyat dianjung mesjid.(sayangnya tidak sempat bersalaman kerana lepas
solat,Yb sudah nak berangkat)Ini berlainan sekali dgn pemimpin BN yang kalau nak jumpa rakyat mesti ditempat selesa atau pun dihotel2.
Amalan begini teringat saya pada arwah Pak Nik
Lah(Bekas Ahli Parlimen P/Chepa-ayah pada YB
Nik Amar)yang tak pernah kalah dalam pilihanraya.Saya yakin YB pun sama kearah itu
dan pastikan lah perkauman tidak wujud ditempat YB sebagaimana diNegeri Kelantan,tempat asal YB.Tahniah sekali lagi.