Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara
“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.
Iklan yangt maksudkan yang diterbitkan the New York Times/Gambar Malaysian Today.
Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.
Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.
Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.
Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.
Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.
“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.
“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.
Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada. Malaysiakini/-
7 ulasan:
mama gemuk tu lupa diri.. woit mama gemuk awak tu second lady yg secondhand
Jadi isteri PM kena cerdik, jangan ikut suka hati saja. Rosmah bangga bila dikaitkan dengan Wanita Pertama. Kena sedarlah Rosmah,
beginilah lemahnya pemikiran rakyat dan pemimpin(?) kita, dengan isu sekecil ini pun sudah melatah..... biarla dia nak kata dia apa pun, itu dia punya suka, dia ada mulut. adakah wanita pertama itu sangat istimewa sehingga perlu dipertikaikan??? lagipun rosmah cuma kata dia "wanita pertama.....", belum habis ayat korang dah potong stim! mungkin dia nak kata dia "wanita pertama di malisia yang disumpah oleh rakyat menjadi babi".... sapa tau? jomla doakan supaya cepat menjadi!!!
Biasalah..tak abis baca perundangan...tapi biasanya first lady merujuk kepada bini PM...tapi dia lupa...ini bukan US...ini Malaysia...Isteri Agong tu First Lady...dia second...biasalah...orang gila memang cam tu...perasan je lebih...
Agong takde kuasa eksekutif mcm Presiden US, apalagi Permaisuri Agong. Takde dlm mana-mana terbitan di dlm dan luar negara permaisuri agong dirujuk sbg "first lady", Mama Gemuk sapulah gelaran tu. Kira dia bijak jugakla.
First Lady merujuk kepada isteri Presiden. Di Malaysia takde Presiden..so Mama Gemuk punya gelaran Prime Minister's wife bukan first lady...tu lah jadinya kalau gila kuasa...
Salah media juga, kenapa gunakan title itu? apakah media tak tahu? Saman media as well as si Rosmah .
Catat Ulasan