15 Mei 2010

Tindakan Jais halang Nik Aziz di masjid terus dipertikai

29 Jamadil Awal 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

SHAH ALAM, 13 Mei: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghalang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menyampaikan khutbah di masjid pada kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor lepas terus dipertikai.

Menurut Abdul Rahman Talib (gambar) atau lebih dikenali sebagai blogger Tulang Besi, tindakan Nik Aziz berkhutbah Jumaat di masjid bukanlah ceramah politik, seperti yang didakwa Jais.

"Apa masalahnya Tok Guru berkhutbah kerana itu suruhan agama, beliau tidak berpolitik, Jais menuduhnya berpolitik di masjid," katanya.

Sebaliknya, menurut beliau, khutbah Jumaat wajar disampaikan oleh sesiapa sahaja agamawan yang dianggap layak dan disegani, seperti Nik Aziz yang juga Menetri Besar Kelantan.

Berbanding PAS dan Pakatan Rakyat, Umno BN, menurut beliau, terbukti menggunakan masjid untuk berkempen memenangkan calon BN, P Kamalanathan, seperti yang didedahkan Malaysiakini.com pada 6 Mei lalu.

Baginya, tindakan Umno BN tersebut sekaligus jelas bertentangan dengan titah Tuanku Sultan Selangor.

"Kain rentang ini sahaja dah cukup jelas untuk mengatakan tindakan Umno BN itu haram, bercanggah dengan titah Tuanku Sultan.

"Kenapa sibuk halang Tok Guru berdakwah di masjid, sedangkan Umno jelas berkempen atas nama BN di masjid," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau mendesak Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tampil membuktikan bahawa tindakan menghalang Nik Aziz berkhutbah itu tidak didalangi oleh mana-mana pemimpin Umno.

"Apa kelayakan Khusrin nak halang Tok Guru, dia kena jelaskan adakah tindakan Tok Guru itu salah di sisi agama," ujarnya lagi.

Bercakap di lobi Jais, beliau menjelaskan telah membuat suatu laporan rasmi kepada Jais supaya Khusrin menyatakan penyalahgunaan masjid oleh BN untuk berkempen.

Tambahnya lagi, suatu salinan laporan turut dikepilkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar), Datuk Dr. Hasan Mohd Ali (Exco Agama, Adat Istiadat dan Infrastuktur) dan Theng Chang Khim (Speaker Dun) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam).

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan Malaysia pada 23 April lalu melaporkan bahawa inisiatif Khusrin menghalang Nik Aziz itu sebagai menjunjung titah Sultan.

Bagitupun, Khusrin tidak pula dilaporkan menghalang majlis bacaan Yaasin dan Solat Hajat bagi memenangkan Kamalanathan yang dianjurkan oleh Umno BN sendiri.

Khalid Samad turut mempertahan tindakan Nik Aziz, selain mempersoal tindakan Jais berdiam diri apabila Umno BN sendiri menggunakan masjid untuk berkempen politik.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salamu Alaikum...Sahabat ku Tulang Besi...

Isu tu rasanya tak perlu kita bangkitkan dah...sebab dah tau siapa dia Khusrin tu...diakan orang Umno juga...mustahil lah dia nak halang kalau orang BN yang diterajui oleh UMNO-Melayu buat apa yang dilarang...walaupun membawakan aktiviti keagaman (Solat hajat dan bacaan Yassin) di masjid utk menangkan Kamalanathan...dulu di Ijok pun mcm tu...Ada juga isu yang dibangkitkan oleh org Umno sendiri, Parthiban akan masuk Islam kalau dia menang...buat solat hajat juga...

Yang lagi pelik tu...semua percaya...

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman Tulang Besi hanya ceramah politik tidak dibenarkan takut nanti akan keluar kata2 cacian atau maki hamun terhadap individu lain tapi Bn hanya buat bacaan yassin dan tahlil dan tidak menyentuh mana2 pihak tak itu pun tak faham.......

Tok-Anjang berkata...

tanpa nama ni hati perut umno ke? Kalau khutbah semuanya barasaskan ayat Quran. Tidak timbul carian. Hidup kita ni semuanya berlandaskan agama termasuk politik. Hanya umno yang memisahkan agama dgn politik.

Tanpa Nama berkata...

hei, tanpa nama kat atas, bila BN baca yasin tu mesti nk suruh BN menang? politik la tu, Tok guru hanya memberi peingatan kepada orang Islam, siapa yang layak sebagai pemimpin, orang bukan Islam mmg x layak

Tanpa Nama berkata...

malangnya peristiwa yang berlaku di negara islam termaju!!!

nik aziz nak memberi khutbah di masjid diharamkan. Haram!!! Judi piala dunia dihalalkan. Halal!!!!! Sembahyang hajat untuk kemenangan sikafir dihalalkan. Halal!!!! kenapa tidak sembahyang hajat untuk kemenangan orang muslim??? Apakah sikafir juga akan menyembahyangkan hajat anda jika anda masuk bertanding nanti??? Adakah sikafir ini akan menyembahyangkan anda apabila anda mati nanti???

penganut agama apa yang berpendirian sedemikian??
ada otak, fikir-fikirkan!