04 Jun 2010

Adun Limbongan makin pulih

20 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 2 Jun: Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat kini semakin sihat selepas pengsan ketika menghadiri program Jati Diri Ladang Rakyat, Dun Limbongan di Masjid Majidiah, Wakaf Berangan.

Kejadian itu berlaku pada 31 Mei lalu selepas menunaikan solat Asar.Ekoran kejadian tersebut beliau dikejarkan ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

“Kemudian pada jam 10 malam saya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Menurutnya, beliau kini dalam keadaan sihat dan stabil.

Kata beliau pada hari kejadian beliau sedang memberi ucapan pada program Jati Diri Ladang Rakyat peringkat Dun.

”Saya pengsan akibat tekanan darah rendah. Sekarang alhamdulillah semakin baik, cuma doktor mahu menjalani rawatan lanjut,” ujarnya.

Beliau juga meminta penduduk di Dun Limbongan dan Kelantan amnya mendoakan agar kesihatan beliau bertambah baik untuk kembali bertugas kepada rakyat.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

budak pencen berkata...

Semoga YB Hj Din cepat sehat.Satu lagi YB yang kuat bekerja dan dihormati olih rakyat.

Awanama berkata...

Moga sahabat lama ku ini diberi kekuatan, keafiatan, kesihatan dan kesembuhan yang baik. Amin.