15 Rejab 1431 H
Oleh: Bashir Ishak
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.
Harakahdaily/-

3 ulasan:
BRO..INI LAGI IKHLAS BRO...
Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.
“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.
Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.
( e-mail dari ustaz mobarak)
Orang dulu-dulu kalau jahatpun dia jahat sorang jer. Walaupun dia jahat dia masih kenal lagi sapa orang alim dan tok guru kat ghumah dia. La ni orang jahat dah tak kenai sapa dah, dia balun ikut suka dia dah. Biasa lah di akhir-akhir zaman ni.
macam mana bole dikatakan terpedaya sedangkan awal-awal lagi umno telah mencanang seramai 100 org ulamak nak masuk umno?
Catat Ulasan