29 Jun 2010

XPDC Penerangan & Dakwah : Orang Melayu mesti tolak UMNO.

16 Rejab 1431H.

Drs. Khalil Idham Lim sedang memberikan ucapannya.


LARUT : Orang Melayu mesti menolak UMNO dalam PRU Ke 13 akan datang kerana jelas apa yang diperjuangkan oleh UMNO bertentangan dengan agama . Terakhir tindakan Najib yang cenderung untuk mengeluarkan lesen judi bolasepak adalah tindakan yang jelas menyentuh sensetiviti umat Islam, termasuk orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. Demikian antara kandungan ucapan Ketua Penerangan PAS Perak, YB. Drs. Khalil Idham Lim semasa menyampaikan ucapan dalam program XPDC Penerangan dan Dakwah yang diadakan di Markaz PAS Pantai Besar di sini pada 19 July lepas.

Program sepetang anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak dengan kerjasama Lajnah penerangan PAS Kawasan Larut itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Larut, Ust. Kamaruddin Awang Basir, Ketua Penerangan Kawasan, Hj. Zaki, AJK Kawasan, Ketua Cawangan dan masyarakat setempat.

Semasa menyampaikan ucapannya, Drs. Khalil juga mengigatkan cawangan perlulah berkerja kuat bersama dengan PAS kawasan untuk memastikan Parlimen dan DUN-DUN yang ada dalam Parlimen Larut dirampas oleh pakatan Rakyat pada masa akan datang.

"Penjelasan yang berterusan perlu disampaikan kepada semua rakyat untuk memastikan mereka tidak tertipu dengan pembohongan dan putar belit UMNO dan BN dalam media arus perdana", Jelasnya.

Penyampaian sumbangan kepada warga emas.

Tiada ulasan: