Nizar bersalaman dan bertanya khabar kepada penduduk Pekan Karai Sungai Siput dalam program XPDC Penerangan & Dakwah.
SUNGAI SIPUT : UMNO telah menghalalkan judi kerja yang Allah marah, najis dan kerja syaitan kerana sampai hari ini belum ada pengesahan lesen judi yang dikeluarkan kepada Vincent Tan ditarik balik. Malang bagi rakyat bila ada pemimpin yang melawan Tuhan, demikian antara ucapan Timbalan Pesuruhjya PAS Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam XPDC Penerangan dan Dakwah yang diadakan di Pekan Karai disini pada 19 Jun lepas.
Program anjuran bersama Lajnah Penerangan PAS Perak bersama Lajnah Penerangan PAS Kawasan Sungai Siput dianggap berjaya memecahkan kesunyian Pekan Karai dengan kehadiran ratusan penyokongan dan ahli PAS serta Pakatan Rakyat.
Hadir sama bersama dengan DS. Nizar ialah ADUN Lubok Merbau, YB. Mohamammad Zainuddin , Ketua Penerangan PAS Negeri, YB. Drs. Khalil Idham Lim dan YDP PAS Kawasan, Ust. Zulkifli Ahmad serta pimpinan Kawasan, Pemuda, dan Muslimat.
Program sepagi itu dimulai dengan Ucapan dari DS. Nizar, Minum pagi dan Pengedaran risalah. Ds. Nizar serta rombongan dan pimpinan PAS Kawasan telah bergerak disemua kedai yang ada disekitar Pekan Karai dengan bertemu dan bertanya khabar dari mereka.
"Di Parlimen bantahan telah dibuat terhadap APCO oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuklah dikalangan yang bukan Islam, namun pemimpin UMNO tetap menyokongnya" Jelas Nizar.
Beliau juga mendedahkan sikap dan lakonan yang ditunjukkan olen pemimpin UMNO bila pada satu masa menentang serangan kepada kapal yang membawa misi kemanusia ke Gaza dengan membakar bendera dan pijak bendera Yahudi tetapi didalam Parlimen menyokong pembayaran RM 77 juta untuk dibayar kepada syarikat Yahudi bernama APCO Worldwide.
"Saya yakin pendedahan ini adalah pendedahan dari Allah untuk menunjukkan kejahatan UMNO supaya jangan lagi menyokong UMNO dan BN" Tegas Nizar.
Nizar juga mendedahkan usaha membeli ADUN Pakatan Rakyat berterusan sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009. Bagi nya perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang tidak bertamaddun , dan memperlihatkan sikap BN yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan sebingga merampas kuasa,
"Kita banyak kali kalah tetapi terus menunggu pilihanraya yang berikutnya, apa salahnya tunggu 4 tahun, kalau kami tidak baik kami tetap akan ditolak pada pilihanraya berikutnya. Bertambah malang apabila UMNO tidak dapat menerima kekalahan dengan melakukan rampasan kuasa dengan menggunakan Polis, SPR, Kehakiman dan sebagainya" Jelas Nizar.
Pada akhir ucapannya beliau berharap sampailah masanya seluruh rakyat menolak UMNO dan BN khususnya di Pekan Karai dan sampaikan mesej itu kepada semua orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan