30 Jun 2010

Masalah tanah di Kampung Bali

16 Rejab 1431 H
duntronoh@gmail.com

Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 28/06/2010

Para penternak ikan kui di Kampung Bali yang terkenal dengan kualiti ikan yang yang terbaik dan di ekspot ke luar negara. Dengan kepakaran yang diturunkan dari generasi ke generasi, hasil ternakan ikan kui ini mendapat pujian dari pelbagai pihak dari segi kecantikan serta warna yang sempurna.

Namun kini mereka dalam satu dilema yang sangat merunsingkan. Kebarangkalian para penternak-penternak ikan kui ini untuk kehilangan tempat untuk menjalankan aktiviti mereka sangat tinggi. Ini adalah kerana mereka dikejutkan dengan adanya papan tanda di kawasan itu yang mengatakan ini adalah tanah persendirian dan penceroboh akan didakwa.

Mereka yang menjalankan kegiatan membela ikan kui ini sejak tahun 1977 di atas tanah milik kerajaan negeri. Permohonan untuk mendapatkan tanah ini telah banyak kali dibuat secara lengkap.Menurut Yb V.Sivakumar perkara ini ada dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat kerajaan negeri pada tahun 2008 semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Namun apabila Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih, perkara ini telah terus diketepikan. Keadaan bertambah buruk apabila tanah ini kini diberikan kepada orang lain baru-baru ini.

Yb V.Sivakumar berkata kerajaan negeri harus memberi perhatian dengan memberi galakan dan insentif kepada para penternak ikan kui ini kerana ia boleh meletakkan Negeri Perak di atas peta sebagai negeri pengekspot ikan kui yang berkualiti tinggi. Ia juga membawa tukaran wang asing ke dalam negara yakni menambahkan pendapatan negeri.

Apa yang berlaku sekarang adalah sangat menyedihkan kerana hasil usaha serta titik peluh para penternak ikan ini tidak langsung diendahkan oleh kerajaan negeri.Kerajaan yang prihatin seharusnya membantu para penternak ini tetapi nampaknya tidak begitu.Jikalau betul kerajaan ini mendahulukan rakyat dan bukannya kroni, maka kolam-kolam itu harus diberikan kepada para penternak secara in-situ.

Kerajaan negeri harus memberikan segala bantuan kepada para penternak ini agar tahap produktiviti dapat ditingkatkan. Proses permohonan tanah ini harus dipercepatkan dan geran diserahkan kepada para perternak ikan kui yang terbabit agar mereka akan berusaha sendiri untuk memajukan industri ikan kui ini di negeri Perak.

Tiada ulasan: