17 Rejab 1431 H
http:pemudapasperak.com
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan amat lucu dengan kenyataan yang dibuat oleh Maslin Sham Razman sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dengan menuduh Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bertanggungjawab atas segala kekecohan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta menuduh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup berbuat apa saja untuk menjadi Menteri Besar sehigga menjadi budak suruhan Ngeh, Nga dan DAP tanpa sebarang bukti.
Kenyataan ini langsung tidak menunjukkan kematangannya sebagai pimpinan muda malah terlalu takut berdepan dengan mana-mana pihak untuk berhujah serta mengemukakan bukti jika mereka merasakan bahawa mereka berada di tempat yang benar.
Maslin yang hanya berani menggunakan ruangan media semata-mata tidak langsung membuktikan beliau seorang yang berani berdepan dengan musuh politiknya sama sekali. Malah kenyataan-kenyataan nya di dalam akhbar media bercetak, media elektronik dan juga media massa yang hanya menunjukkan keberanian kepimpinannya dan bukan secara berdepan.
Ini ditambah dengan ketidakmampuannya menjadi ketua yang boleh di lihat beberapa Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian.Seperti di Bahagian Bagan Datoh tempohari yang dirasmikan oleh Khairy Jamaludin yang mana beliau tidak hadir bersama. Berlaku juga di Bahagian Taiping pada 26 Jun baru-baru ini yang hanya
dirasmikan oleh orang luar dari Umno iaitu Presiden Majlis Belia Malaysia.
Perkara di atas terbukti bahawa kepimpinan Maslinbersama Ketuanya iaitu Khairy tidak berwibawa. Dengan ini, DPPNPk sekali lagi mencabar Maslin untuk berdebat secara terbuka dalam apa isu terutama isu berkaitan kekecohan sidang DUN dan isu boneka yang diutarakan Maslin.
Oleh yang demikian, rakyat akan dapat membuat penilaian denganadil antara kebenaran dan kebatilan. Kebatilan akan menyebelahi mereka yang hanya berani bercakap dari jauh tanpa bukti tetapi tidak berani berdepan untuk berhujah dengan mengemukakan bukti.
Ketidak matangan dan ketidak mempuan Pemuda Umno Perak ini bukti bahawa Umno Perak sudah tidak mampu membela rakyat seluruh bangsa yang ada.

1 ulasan:
Maslin ni sebenar nya buta perut dan buta hati ( tidak dapat bezakan keadilan dan klezaliman, ALLAH telah butakan hati dari melihat kebenaran).
10 bulan PR memerentah Perak, DAP tak minta sesuatu yang melampaui persepakatan, malahan PAS yang menunaikan janji dalam menifestonya untuk membantu rakyat secara adil tidak mengira batasan agama, bangsa atau kaum (sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Tetapi umno (zamry bekas mb haram yang kini mb mahkamah)memberi ratusan ribu kepada MCA bahagian, apa hal pulak, tak kah jadi barua MCA, pada hal MCA tak minta pun.Maslin tak tau ke? kebanyakan tanah yang berpotensi dan bernilai tinggi di Perak telah diberikan kepada jutawan cina sebelum ini, seperti di Lekir dan Padang Rengas ratusan ekar, sedang MB PR beri kelulusan hak milik kepada rakyat berbangsa cina yang berhak untuk mendapatkan tempat kediaman yang telah didiami sejak puluhan tahun yang lalu, awat lah payah sangat nak faham yang mana baik dan mana buruk.
sebab itu pemimpin umno jadi bengap bodoh sombong dan pekak badak serta buta perut. barangkali banyak sangat kedarah makanan haram agaknya.
Catat Ulasan